KELAB
ASTRONOMI
ASTRONOMI
PENGENALAN
Astronomi merupakan satu ilmu tentang bintang-bintang , planet,bulan dan matahari.Ia juga dikenali sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan bintang. Mendalami ilmu astronomi amat besar manfaatnya dan para ilmuan Islam merupakan mereka yang terawal mempelopori ilmu tersebut. Dengan mendalami ilmu astronomi secara tidak langsung akan menimbulkan rasa kesyukuran dan keinsafan di kalangan pensyarah dan pelajar terhadap kejadian alam ciptaan Tuhan. Kini astronomi merupakan sebahagian daripada bidang sains angkasa. Jutaan manusia di seluruh dunia menggunakan kemajuan hasil dari penyelidikan astronomi dan sains angkasa untuk meningkatkan kualiti harian mereka tanpa merek sedar.
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap ilmu astronomi.
Memupuk minat pelajar terhadap ilmu astronomi secara tidak langsung.
Menggalakkan para pelajar mengaplikasi dan menghubungkaitkan konsep Fizik yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti kelab yang dijalankan.
Mengeratkan silaturrahim sesama pensyarah dan para pelajar.
PERKONGSIAN ARTIKEL ASTRONOMI
https://padlet.com/bm0047/at4qngdcdg58kajc
Semua ahli Kelab Astronomi terlibat secara kolaboratif dalam aktiviti ini iaitu seramai 96 orang. Ahli kelab berkongsi maklumat berkenaan ilmu astronomi melalui pautan yang diberikan dan pembahagian kumpulan dibahagikan mengikut semester. Selain memberi pendedahan kepada ilmu astronomi, aktiviti ini dapat menarik minat pelajar terhadap bidang angkasa.
PERTANDINGAN REKACIPTA MODEL ROVER PLANET MARIKH
22 -24 OKTOBER 2021
Tahniah kepada saudara Jazshan a/l Thirumaran, ahli Kelab Astronomi yang telah berjaya mendapat pingat perak pada Pertandingan Rekacipta Model Rover Planet Marikh MASCAR 2021 dan telah membangunkan model rover menggunakan aplikasi arduino uno . Pautan video Youtube : https://youtu.be/IZZTdAeaaYg
PERTANDINGAN e-QUIZZERY MASCAR 2021
18 OKTOBER DAN 22 OKTOBER 2021
Tahniah kepada saudara Shukwenndharr a/l Tanabalan dan Somendran a/l G Sunder Ganasan, ahli Kelab Astronomi yang telah berjaya mendapat anugerah emas pada Pertandingan e-Quizzery MASCAR 2021.
PROGRAM MASYARAKAT GALAXY CRUISE (ATAS TALIAN)
13 -31 OGOS 2021
Projek Sains Masyarakat Galaxy Cruise adalah sebuah projek khas dari National Astronomical Observatory of Japan (NAOJ) yang menggunakan data cerapan galaksi sebenar dari Teleskop Subaru. Apadilangit dan Universe Awareness Malaysia menganjurkan kempen klasifikasi galaksi buat kali kedua untuk tahun 2021. Pelajar Kelab Astronomi menyertai projek ini secara atas talian..
PERTANDINGAN MENULIS ESEI SCIENTIST FOR A DAY (ATAS TALIAN)
1 JULAI - 31 OGOS 2021
Peraduan ini dianjurkan oleh Planetarium Negara, MOSTI, AstroX dan Spacevio. Inisiatif ini adalah usaha bersama dengan Program Sistem Kuasa Radioisotop NASA, pasukan yang menyediakan kapal angkasa dengan kuasa untuk melawat beberapa lokasi yang paling keras, paling gelap, paling sejuk dalam sistem suria. Dua orang peserta daripada Kelab Astronomi menghantar penyertaan tetapi tidak berjaya mendapat tempat.
CERAPAN JURAIAN METEOR PERSEIDS (ATAS TALIAN)
8.00 MALAM 12 OGOS 2021
Nama meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Fenomena angkasa (pancuran) ini berlaku setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle. Orang ramai boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas daripada pencemaran cahaya. Ahli Kelab Astronomi dapat menimba ilmu pengetahuan berkenaan ilmu angkasa bersama ahli panel Apadilangit secara langsung di facebook live.