Kembali ke
11 - 12 Julai 2025 | SMK Sg. Burong
Program ini berlangsung seperti fasa berikut berikut:
FASA 1 : LATIHAN RUMAH SUKAN DAN PEMILIHAN ATLET
Tarikh : 2 - 3 Julai 2025 (Rabu & Khamis)
Masa : 2:30 - 4:00 petang
FASA 2 : SUKANTARA
Tarikh : 9 - 10 Julai 2025 (Rabu & Khamis)
Masa : 8:00 - 10:30 pagi
FASA 3 : KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2025
Tarikh : 11 - 12 Julai 2025
Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari
CUTI PERISTIWA : 14 JULAI 2025 (ISNIN)
Klik gambar untuk lihat album
Perubahan pada acara Pertandingan Perbarisan dan Perasmian telah diawalkan. Acara bermula pada pukul 8:30 pagi.
Acara 131 hingga 134 dimulakan selepas upacara perasmian selesai.
Latihan rumah sukan disertai oleh semua ahli rumah sukan mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk pemilihan dan latihan bagi acara-acara yang dipertandingkan.
Sukantara berjalan dengan lancar mengikut jadual. Setelah semua acara sukantara selesai, latihan dan raptai perbarisan rumah sukan diadakan pada hari kedua (Khamis).
Murid-murid yang terlibat dengan acara perbarisan dan persiapan props untuk perbarisan telah mula bertungkus lumus menyediakan segala persiapan bermula pada hari Isnin. Murid-murid yang terlibat dengan perbarisan meneruskan latihan pada sesi petang (2:30 - 4:00 petang) di bawah penyeliaan guru penasihat rumah sukan masing-masing.
Hari pertama kejohanan sukan tahunan : Semua acara berjaya diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan.
Sebuah khemah telah ditambah pada hari Jumaat, dan dipasang di hadapan khemah rumah sukan sebagai tempat duduk ibu bapa/penjaga. Bilangan asal khemah yang ditempah ialah 6 buah, menjadikan keseluruhan khemah ialah 7 buah.
Acara penyampaian medal diadakan sekitar jam 11:40 pagi bagi acara-acara yang telah selesai pada awal pagi. Murid bersurai pada jam 12:00 tengah hari.
Pada hari Sabtu, cuaca sangat baik dan redup sehingga semua murid bersurai, menjadikan kejohanan berlangsung dengan selesa.
Upacara perbarisan dan persembahan setiap pasukan rumah sukan berjalan dengan sangat meriah dan penuh ceria dengan pelbagai gaya. Setelah semua pasukan selesai membuat persembahan perbarisan, semua murid berkumpul di tengah padang untuk upacara perasmian oleh En Zainal 'Abidin bin Md Zain, YDP PIBG SMK Sg Burong. Beliau memberi ucapan ringkas dan mendoakan kejayaan kepada semua peserta agar sentiasa mengamalkan semangat kesukanan.
Setelah upacara perasmian selesai, acara diteruskan dengan penyampaian medal kepada para pemenang bagi acara yang telah selesai pada hari Jumaat.
Acara 131 : 4 x 200m dimulakan setelah upacara penyampaian hadiah selesai.
Semua acara balapan selesai sekitar jam 10:00 pagi. Acara diteruskan dengan pertandingan sukaneka untuk ibu bapa dan guru, kategori lelaki dan perempuan.
Kemudian diikuti dengan acara tarik tali akhir.
Kemuncak kejohanan ialah penyampaian medal dan hadiah kepada semua pemenang setiap acara dan pengumuman johan keseluruhan.
Acara ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh Tn Hj Adnan bin Ibrahim, PK Pentadbiran, kepada perasmi kajohanan, En Zainal 'Abidin bin Md Zain, YDP PIBG SMK Sg Burong.
Sebelum bersurai, semua murid diarahkan untuk memastikan khemah dan kawasan persekitaran padang bersih daripada sampah sarap.
Murid bersurai pada pukul 12:45 tengah hari.
MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN HAIRUDDIN
3 EMAS, 2 PERAK
AIMI NURDALILAH BINTI KHAIRIL ANNUAR
3 EMAS
MUHAMMAD AMAR SYAZWAN BIN MUNIR
4 EMAS, 1 GANGSA
NORAINA SYAKILA BINTI IDROS
3 EMAS, 1 GANGSA
KEEMPAT KESELURUHAN : KASAWARI
KETIGA KESELURUHAN : JENTAYU
NAIB JOHAN KESELURUHAN : CENDERAWASIH
JOHAN KESELURUHAN : KENYALANG