TUJUAN
Pengelolaan kejohanan ini adalah bertujuan:
TUJUAN
Pengelolaan kejohanan ini adalah bertujuan:
Memaklumkan kepada jawatankuasa mengenai konsep pengelolaan Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 yang akan dijalankan pada bulan Ogos 2023 di Sibu, Sarawak.
Mengenal pasti aspek pengurusan yang patut dititikberatkan dalam pengelolaan kejohanan.
Mengenal pasti keperluan tenaga kerja, peralatan, teknikal dan tempat pertandingan bagi kejohanan ini di samping meneliti keperluan dan kekuatan sumber kewangan bagi tujuan melaksana dan menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang lagi berkesan.
MATLAMAT
Pengelolaan kejohanan ini adalah bermatlamatkan:
Pengelolaan yang berkonsepkan kesederhanaan, mengutamakan kualiti dengan mematuhi piawaian pengelolaan permainan terebut mengikut garis panduan pelaksanaan oleh MSSM.
Perbelanjaan yang berhemah tanpa mengabaikan kemeriahannya mengikut bajet kewangan yang diperuntukkan oleh MSSM.
Meminimakan tenaga pengelolaan dan penyelarasan kerja bersesuaian dengan peruntukan yang sedia ada.
TARIKH
Kejohanan Ping Pong MSSM Tahun 2023
26 hingga 30 Ogos 2023
Penganjur Kejohanan:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia & Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
Pengelola Kejohanan:
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak & Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS)
Urusetia Kejohanan:
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Tel: 082-473658
Fax: 082-473478
Fly Kenyalang Fly, Fly High | Kejohanan Ping Pong MSSM 2023