Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Jun 2023 (Jumaat)
Masa : 7.40 - 9.40 pagi
Tempat : Persekitaran dalam dan luar sekolah
Penganjur : Unit Kokurikulum, SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar SMK Sg Burong
19 Jun 2023 | Isnin
2.30 petang
Bilik Murabbi
Semua guru dan kakitangan terlibat dengan taklimat kejohanan.
21 Jun 2023 | Rabu
7.40 - 9.40 pagi
Sekitar kawasan luar sekolah (mengikut trek yang telah ditetapkan)
Pelajar didedahkan dengan trek yang akan dilalui semasa kejohanan sebenar nanti.
Trek akan dilalui oleh peserta mengikut kategori masing-masing. Lebih pendek sedikit berbanding trek yang asal.
Taklimat peraturan dan keselamatan sebelum latihan bermula.
23 Jun 2023 | Jumaat
Sekitar kawasan luar sekolah (mengikut trek yang telah ditetapkan)
Dirasmikan oleh : En Maruan bin Ahmad [Pengerusi Agro Pelancongan Sawah Sempadan (APSS), Tanjong Karang)]
Guru-guru kelas mengambil kehadiran pelajar mengikut kelas.
Guru-guru rumah sukan mengambil kehadiran ahli rumah sukan untuk markah kehadiran (1 mata = 1 ahli yang hadir).
Senamrobik untuk regangan dan pemanasan badan. Diketuai oleh Mohd Haziq, Mohd Najib dan Naufal Hakimi.
Pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kategori (semua kategori menggunakan trek yang sama kecuali L1 dan L2) :
L1 - dilepas oleh En Maruan
L2 - dilepas oleh En Maruan
L3 - dilepas oleh En Maruan
P1 - dilepas oleh En Zainal 'Abidin (YDP PIBG)
P2 - dilepas oleh En Zainal 'Abidin (YDP PIBG)
P3 - dilepas oleh En Zainal 'Abidin (YDP PIBG)
Setelah selesai sesi melepaskan pelajar merentas desa, pihak sekolah menyerahkan cenderahati kepada En Maruan atas kesudian hadir memeriahkan kejohanan ini. Kemudian, beliau terus beredar untuk urusan lain.
Setelah semua pelajar menamatkan larian, mereka berehat sehingga jam 10.30 pagi dan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dimulakan pada jam 10.45 pagi.
Ucapan oleh YM Raja Aznoor, PK HEM.
Ucapan perasmian oleh En Zainal Abidin bin Md Zain, YDP PIBG (menggantikan En Maruan yang terpaksa meninggalkan majlis lebih awal).
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang individu setiap kategori dan pemenang keseluruhan.
Sesi penyerahan cenderahati kepada En Zainal 'Abidin atas kesudian memeriahkan kejohanan dan majlis penyampaian hadiah.
Pelajar bersurai dan dibenarkan pulang pada jam 12.00 tengah hari.
INSIDEN
Terdapat seorang pelajar perempuan P1 tidak sedarkan diri setelah selesai menamatkan lariannya. Kemudian, pelajar tersebut telah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang oleh Pn Norashikin dan Pn Nur Zarina. Alhamdulillah, doktor mengesahkan pelajar tersebut terlalu penat dan dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.
Unjuran keahlian pelajar mengikut rumah.
Majlis penyerahan cenderahati kepada En Maruan atas kesudian melepaskan peserta.
En Zainal 'Abidin menyampaikan ucapan perasmian.
Johan Kategori L1 : Mohd Haziq Mahadzar
Johan Keseluruhan : Rumah SAGA
Johan Keseluruhan : Rumah SAGA
Surat makluman kepada ibu bapa tentang latihan dan kejohanan.
Medal hanya diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga kesepuluh setiap kategori.a