Kembali ke
19 April 2024 | JUMAAT
Perentang program
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh kejohanan : 19 April 2024 | Jumaat
Tarikh latihan : 17 April 2024 | Rabu
Masa : 8:00 pagi - 10:30 pagi
Tempat : Persekitaran Sekolah dan Dataran Semaian SuBur
Penganjur : Unit Kokurikulum SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar, guru dan kakitangan SMK Sg Burong
Trek yang digunakan dalam kejohanan ini.
Cuaca hujan pada waktu awal pagi. Aktiviti luar ditangguhkan dan pelajar berada di dalam kelas masing-masing untuk sesi PDP seperti biasa. Semua pelajar rehat serentak bermula jam 10.10 pagi dan berkumpul di Dataran Semaian SuBur pada pukul 10.45 pagi.
Selepas aktiviti regangan dan pemanasan badan, pelajar dilepaskan bermula jam 11.15 pagi dimulai dengan pelajar lelaki dan diikuti dengan pelajar perempuan. Semua pelajar menggunakan trek pendek (3km) sebagai sesi pemanasan badan dan mengenal trek.
Pelajar masuk semula ke kelas masing-masing untuk PdP seperti biasa pada pukul 12.30 tengah hari.
Cuaca baik pada hari kejohanan. Peserta membuat sesi pemanasan dan regangan badan sebelum memulakan larian. Peserta dilepaskan mengikut kategori bermula dengan L1, L2 dan L3; dilepaskan oleh Tn Hj Mohd Anuar, Pengetua SMK Sg Burong. Kemudian diikuti dengan pelepasan kategori P1, P2 dan P3 oleh En Zainal 'Abidin, YDP PIBG SMK Sg Burong.
Semua pelajar berjaya menghabiskan larian tanpa sebarang masalah atau kecederaan. Kemudian, pelajar berehat sebelum sesi penyampaian hadiah/medal kepada para pemenang.
Keputusan penuh kejohanan adalah seperti di bawah.
Sesi penyampaian hadiah selesai pada pukul 11.40 pagi dan pelajar dibenarkan pulang pada pukul 12.00 tengah hari.
Surat makluman - Kejohanan Merentas Desa tahun 2024
Keputusan penuh (keseluruhan)
Johan keseluruhan : Rumah Kenyalang (kuning)