Kelas Gilapan Permata
Kelas Gilapan Permata merupakan kelas tambahan berkala untuk 5 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan berdasarkan markah PAT tingkatan 4. Kelas diadakan pada setiap hari Selasa, pukul 2:30 hingga 4:00 petang.