Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran.
Bagaimana mengenal pasti TOV ?
TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun Ting 1, 2 dan 4 (sesi 2024//2025) untuk tingkatan 2,3 dan 5 (sesi 2025/2026). Cadangan bagi TOV murid tingkatan 1 dan 4 boleh diambil dari Penilaian Semasa iaitu Ujian Diagnostik .
Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?
OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.
Bagaimana menentukan OTI ?
OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.
Apakah ETR ( expected targeted result ) ?
ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan awam.
Bagaimana menentukan ETR ?
ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam atau keputusan peperiksaan terakhir dalaman sekolah.
10 JAN 2025: BENGKEL PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK KP PERDANA
20 FEB 2025: BENGKEL PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK BERSAMA GURU PERDANA PAGI DAN PETANG