TATACARA TINDAKAN TERHADAP MURID TIDAK HADIR SEKOLAH
TATACARA TINDAKAN OLEH GURU TINGKATAN
1. Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan ‘Surat Doktor’ atau ‘Surat Ibu Bapa/ Penjaga dengan tandatangan yang sah. Sekiranya ada surat, ditanda ‘S’ pada tarikh berkenaan pada Buku Daftar Jadual Kedatangan Pelajar.
2. Surat Amaran Pertama (A1)
a. Hantar pada hari ke-3 ponteng (Kes ponteng berturut)
b. Hantar pada hari ke-10 ponteng (Kes ponteng secara berselang-selang)
3. Surat Amaran Kedua (A2)
a. Hantar 7 hari selepas A1 (Kes ponteng berturut)
b. Hantar pada hari ke-20 ponteng (Kes ponteng secara berselang-selang)
4. Surat Amaran Ketiga (AT)
a. Hantar 7 hari selepas A2 (Kes ponteng berturut)
b. Hantar pada hari ke-40 ponteng (Kes ponteng secara berselang-selang)
5. Surat Buang Sekolah
(Mesti ditandatangani oleh Pengetua)
a. Hantar hari 14 selepas AT (Kes ponteng berturut)
b. Hantar pada hari ke-60 ponteng (Kes ponteng secara berse lang-selang)
6. A1, A2, AT, BS ditulis dengan dakwat merah pada bahagian dalam ruangan bulatan tidak hadir (yang ditanda 0) mengikut tarikh jadual penghantaran surat amaran.
7. Semua Surat Waris/ Doktor dan dokumen-dokumen lain pelajar mestilah disimpan dalam fail Guru Tingkatan. Dilarang sama sekali daripada memasukkan dokumen-dokumen lain di dalalm Buku Daftar Jadual Kedatangan Pelajar.
8. Dapatkan fail di pejabat dan tuliskan nama Guru Tingkatan dan Nama Tingkatan pada kulit fail berkenaan. Surat-surat hendaklah disusun mengikut kronologi tarikh, ditebuk di penjuru atas kiri dan masukkan tali fail.
9. Pelajar balik dengan kebenaran atau tanpa kebenaran sebelum waktu ke-3 dianggap tidak hadir pada hari berkenaan (ditanda 0) kecuali pelajar yang keluar kawasan sekolah mewakili sekolah dalam apa-apa pertandingan dianggap hadir.
10. Pelajar-pelajar yang berkursus atau tidak hadir ke sekolah kerana sebab-sebab seumpamanya adalah dianggap tidak hadir bersebab (ditanda ‘S’).
11. Pelajar-pelajar yang hendak berhenti atau bertukar sekolah, waris sendiri dimestikan mengisi Borang Memohon Berhenti/ Borang Bertukar Sekolah