OBJEKTIF
Membentuk murid yang menghargai dan mencintai negara Malaysia melalui aktiviti berkaitan KESEF.
Membentuk murid yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran global melalui aktiviti berkaitan KESEF.
Memupuk murid yang bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia melalui KESEF.
Melahirkan murid yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat melalui aktiviti KESEF.
Memupuk dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan tentang isu-isu semasa dan sejarah dalam kalangan murid melalui KESEF.
MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat utama pelaksanaan KESEF untuk memupuk dan melahirkan modal insan yang berinovatif, kreatif dan menghargai sejarah melalui kegiatan yang dijalankan.
HASIL KREATIVITI MURID