OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kauseling sebagai perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.
Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.
Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka.
Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut:
1. Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid
2. Peningkatan Disiplin Diri Murid
3. Pengurusan Kerjaya Murid
4. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
FOKUS 1 : Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid
Fokus ini adalah untuk memupuk perkembangan personaliti kendiri [character] murid daripada aspek berikut :
a. Sikap penyayang (kepedulian)
b. Budi bahasa
c. Konsep kendiri
d. Kepemimpinan
e. Komunikasi
f. Kekemasan diri
g. Ketepatan masa
h. Motivasi diri
Outcome : Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji
FOKUS 2 : Peningkatan Disiplin Diri Murid
Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.
Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera
FOKUS 3 : Pengurusan Kerjaya Murid
Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini Guru B&K hendaklah;
· Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
· Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.
· Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa depan
FOKUS 4 : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
Fokus ini bertujuan membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, Guru B&K hendaklah :
a. Membimbing murid dalam proses sosialisasi dam interaksi.
b. Membimbing murid dalam asoek pengurusan emosi.
c. Membantu murid memperkembang pemikiran yang positif.
Outcome : Murid yang sihat pemikirannya