KASPA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
LOGO KASPA
MOTO
Sedia Pantas Berintegriti
LAGU PERTAHANAN AWAM SENTIASA BERSEDIA
Marilah Kita Semua
Berganding Bahu Mengembeling Tenaga
Berbakti Dalam Pertahanan Awam
Untuk Bangsa Kita
Padukan Jiwa dan Raga
Sedia Berkorban Apa Saja
Memberi Dengan Ikhlas Khidmat Mulia
Negara Tercinta
( chorus )
Malaysia Bumi Yang Bertuah
Kami Sungguh Bangga Menjadi Warga Setia
Penuh Azam dan Tekad Bersama
Berkhidmat Untuk Keselamatan Rakyatnya
Kita Sentiasa Bersedia
Menjunjung Wawasan Semua
Ke Arah Hidup Aman dan Sentosa
MALAYSIA JAYA
Maksud Logo
Konsep Reka Bentuk
Gabungan Lambang Pertahanan Awam Antarabangsa dan tempatan
Segitiga sama dan warna oren
Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan.
Sentiasa Siap Sedia sekeliling segitiga
Di sekeliling tiga segi adalah motto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.
Bunga padi
Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.
Tapak Logo
Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan
*Logo ini digunakan sebagai ‘crest’ pada pakaian seragam, kenderaan, pejabat, tempat latihan dan sebagainya.