PENDAHULUAN


Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.


Setiap tahun, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) menganjurkan Karnival STEM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.


Pertandingan-pertandingan yang terdapat dalam Karnival STEM berfokuskan kepada kemahiran fizikal dan aplikasi digital dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid. Melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, murid berpeluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat kebangsaan.



OBJEKTIF










KUMPULAN SASARAN


Semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah dalam daerah Tuaran.



BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Nama Program : Karnival STEM Peringkat Daerah Tuaran 2024

Anjuran : Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran

Pengelola : Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok

Tarikh Program : 14 hingga 15 Ogos 2024 (Selasa hingga Khamis)

Tempat Pertandingan : Dewan Gunasama, SK/SMK Pekan Telipok