Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Ogos 2022 (Selasa)
Masa : 8:00 pagi - 2:00 petang
Tempat : SMK Pengkalan Permatang (SMEPP)
Penganjur : Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia & Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Peserta : 22 buah koperasi sekolah menengah Daerah Kuala Selangor
Program adalah anjuran Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia & Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Aktiviti yang dilaksanakan antaranya;
Karnival Keusahawanan
Pameran STEM/TVET
Kuiz Perdana Koperasi
Seramai 10 orang pelajar dan 6 orang guru terlibat dalam program tersebut
Program yang telah berjaya memberi pengalaman kepada para pelajar tentang ilmu keusahawanan & koperasi
Program Karnival Keusahawanan dianjurkan oleh Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia & Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Sejumlah 22 buah koperasi sekolah telah dijemput untuk menyertai karnival tersebut
Setiap koperasi diberi modal sebanyak rm250.00
Setiap koperasi dibenarkan menjual makanan, minuman, barangan kraftangan, perkhidmatan dan lain-lain produk yang bersesuaian dengan pelanggan (murid sekolah). Walau bagaimanapun, koperasi dihadkan untuk menjual satu menu makanan dan satu menu minuman sahaja
Saiz gerai jualan ialah 6 kaki panjang dan 5 kaki lebar
Setiap gerai jualan disediakan sebuah meja berukuran 5 x 2 kaki dan juga kerusi
Turut disediakan sambungan elektrik
Aktiviti yang dijalankan selain Karnival Keusahawanan adalah Kuiz Perdana Koperasi dan Pameran STEM/TVET
Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah diadakan pada 23 Ogos 2022 di dewan terbuka SMK Pengkalan Permatang dan disempurnakan oleh YB Tan sri Noh bi Haji Omar
Sijil penyertaan pertandingan kuiz koperasi sekolah diberi secara digital