Kembali ke
Sebarang pertanyaan, hubungi :
0122360279
En Tarmimi bin Jain
PK Kokurikulum (SMKSB)
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 2 Oktober 2024 (Rabu)
Masa : 8:00 pagi - 2:00 petang
Tempat : Persekitaran Sekolah
Penganjur : Unit Kurikulum, Unit Kokurikulum dan Koperasi Sekolah, SMK Sg Burong
Peserta : Semua murid, guru dan kakitangan SMK Sg Burong, ibu bapa, komuniti setempat serta sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Selangor.
08.30 pg : Ucapan Aluan Pengacara Majlis | Bacaan Doa | Nyanyian Lagu Negaraku
08.50 pg : Ucapan Perasmian | TN HJ MOHD ANUAR BIN MAT SALLEH Pengetua SMK Sungai Burong
09.00 pg : Melawat gerai pameran dan gerai jualan
09.45 pg : Jamuan
12.30 tgh : Ketibaan Wakil PPDKS
12.40 tgh : Penyampaian hadiah pertandingan
Roket Air
Bina Jambatan
Poster Generatif AI
e-Sukan
Gerai terbaik
13.00 tgh : Penyampaian Cenderamata kepada wakil PPDKS
14.00 tgh : Bersurai
Program Karnival SuBur 2024 merupakan salah satu program yang melibatkan semua murid SMK Sungai Burong dan sebahagian murid daerah Kuala Selangor. Program ini julang kali diadakan di sekolah ini dalam bentuk Karnival yang melibatkan sekolah-sekolah yang berada dalam daerah Kuala Selangor.
Program ini adalah salah satu usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran di samping aktiviti keusahawanan dan sosial yang berkaitan. Konsep program ini adalah pengukuhan kepada minda dan sikap melalui aktiviti ilmuan dan uji minda kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti aktiviti kecergasan fizikal dalam unit ko-kurikulum dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Program ini juga adalah bertujuan untuk menyampaikan pelbagai ilmu dan maklumat kepada murid melalui pelbagai strategi dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bagi tahun 2023 ini , tema program ini ialah “ Kemenjadian Murid secara Kreatif, Seronok dan Sihat”. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dimantapkan lagi selaras dengan Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “ SEKOLAHKU SEJAHTERA” yang menerapkan 14 elemen nilai kehidupan.
“KEMENJADIAN MURID SECARA KREATIF, SERONOK DAN SIHAT”
Menggalakkan murid, guru melibatkan diri secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di luar kelas
Mengembangkan bakat dan potensi murid secara aktif dalam aktiviti kelab/persatuan dan ilmu keusahawanan secara khususnya.
Menyampaikan pelbagai ilmu bagi mata pelajaran teras dan elektif dalam bentuk pameran dan aktiviti interaktif.
Melaksanakan aktiviti minggu akademik secara bersama melibatkan semua unit kurikulum dan kokurikulum serta aktiviti koperasi sekolah.
Murid sekolah SMK Sungai Burong
Guru
AJK PIBG
Ibu bapa murid
Murid dalam daerah Kuala Selangor
Ahli koperasi sekolah
Melahirkan warga pendidik dan murid yang mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam akademik dan kokurikulum serta ilmu keusahawanan.
Melahirkan warga pendidik dan murid yang dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan “Pembangunan Individu dalam Memenuhi Aspirasi Negara”.
Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, seronok dan sihat.
Melahirkan murid yang berinovasi, kreatif dan proaktif selaras dengan tagline SMK Sungai Burong.
(PERINGKAT DAERAH)
Guru dan pelajar yang menyertai kategori pertandingan bagi aktiviti ini akan menerima sekurang-kurangnya sijil penyertaan peringkat daerah. Sila rujuk syarat pertandingan dan pautan untuk pendaftaran.
Yuran penyertaan : RM50/pasukan bagi setiap kategori
Rujuk kertas konsep untuk mengetahui syarat dan peraturan yang telah ditetapkan untuk setiap kategori yang dipertandingkan.
Syarat pertandingan:
Satu kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta.
Peserta terdiri daripada murid tingkatan 1 - 5.
Membawa peralatan dan kelengkapan sendiri.
Syarat pertandingan:
Satu kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta.
Peserta terdiri daripada murid tingkatan 1 - 5.
Membawa peralatan dan kelengkapan sendiri.
Syarat pertandingan:
Satu kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta.
Peserta terdiri daripada murid tingkatan 1 - 5.
Membawa peralatan dan kelengkapan sendiri.
Syarat pertandingan:
Satu kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta.
Peserta terdiri daripada murid tingkatan 1 - 5.
Syarat pertandingan:
Satu kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta.
Peserta terdiri daripada murid tingkatan 1 - 5.
Membawa peralatan dan kelengkapan sendiri.
Pelan lokasi acara
Senarai Gerai Jualan
Surat Jemputan - oleh PPD Kuala Selangor
Surat jemputan menyertai pertandingan Karnival SuBur 2024