Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertama sekali, kami selaku urusetia Karnival Digital SPT 2025 ingin mengucapkan selamat datang kepada semua murid, guru pengiring, ibu bapa, dan komuniti dari daerah Seberang Prai Tengah ke Karnival Digital SPT 2025. Kami amat berbesar hati dan berbangga atas kehadiran anda semua dalam pertandingan yang berprestij ini.
Objektif utama Karnival Digital ini bertujuan:-
1. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan murid dalam bidang teknologi dan digital.
2. Menerapkan elemen kreativiti, inovasi dan pemikiran komputasional dalam kalangan murid.
3. Mewujudkan suasana pembelajaran abad ke-21 yang menyeronokkan dan bermakna.
4. Memupuk semangat kerjasama dan persaingan sihat antara murid dari sekolah-sekolah sekitar daerah Seberang Perai Tengah.
Sekian, terima kasih.