Kemahiran Amal Islami atau nama singkatan KAMIL adalah Progam kemahiran amal islami yang dianjurkan dibawah naungan Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Penyertaan adalah dikhususkan kepada Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Selangor ,Maahad Tahfiz Sains Kelas KAFA Menengah (KKM) di bawah kelolaan Jabatan.


  1. OBJEKTIF

    1. Mengamalkan dan mempraktikkan ilmu insaniah yang dipelajari daripada guru-guru.

    2. Mengasah bakat sedia ada murid-murid dalam aktiviti pengucapan umum.

    3. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi, berdisiplin, berketerampilan, menepati masa dan berani berhadapan dengan orang ramai.

    4. Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan ahli firqah untuk menyusun strategi dan kerja berpasukan.