DIHASILKAN OLEH:
Pengenalan ONE2FIVE
ONE2FIVE merupakan satu kaedah penulisan Laporan Amalan Terbaik yang dihasilkan oleh Pengerusi Penggerak Guru Inovasi Melaka iaitu En. Nor Azmidy bin Ismail.Kaedah ini dihasilkan adalah bertujuan untuk membantu guru guru dan pentadbir yang baru belajar untuk menulis laporan amalan terbaik di dalam kelas atau pun di dalam sekolah sebelum melaksanakan penulisan kajian tindakan yang sebenar.
Pengenalan ONE2TEN
ONE2TEN merupakan satu kaedah Penulisan Kajian Tindakan yang dihasilkan oleh 2 orang guru inovatif negeri Melaka iaitu En. Nor Azmidy bin Ismail dan En Mohd Azif bin Shukor dibawah bimbingan dan nasihat daripada Pensyarah Cemerlang (Gred Khas C) IPG Raja Melewar iaitu Dr Hjh Zailah binti Zainuddin.Kaedah ini dihasilkan bertujuan untuk membantu guru guru dan pentadbir untuk menulis dan melaksanakan kajian tindakan dengan lebih mudah dan jelas di sekolah masing masing.