Karnival Kolej Kediaman Gemilang (KAGEM) Generasi Madani Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2025/2026 merupakan salah satu program yang dapat mendedahkan semangat kesukanan dan kebudayaan kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) di samping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara pelajar yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, pelajar Kolej Matrikulasi Perlis juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik melalui aktiviti yang dijalankan. Karnival Kolej Kediaman Gemilang (KAGEM) ini juga bertujuan memberikan peluang kepada pelajar lain menyertai pertandingan selepas tidak berpeluang mewakili Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dalam acara Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) di Kolej Matrikulasi Pahang yang lalu .
Mencungkil dan menyerlahkan bakat terpendam dalam diri pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.
Membantu para pelajar Kolej Matrikulasi Perlis untuk meningkatkan markah 10% kokurikulum.
Mengeratkan hubungan silatulrahim antara para pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.
Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.
KETUA KONTIJEN SILA HANTAR BORANG PENDAFTARAN PENYERTAAN KEPADA URUS SETIA KAGEM SEBELUM ATAU PADA 18 JANUARI 2026 DALAM BENTUK FAIL EXCEL .
📞+60 11‑5658 0037 (ALEYA)
📞+60 11-6557 0960 (LOH)
SESI 2025/2026
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR GEN26 @ KAGEM