TATACARA PERMOHONAN KAD PELAJAR kmns
PELAJAR BAHARU sesi 2025/2026Â Â
1. PELAJAR SISTEM DUA SEMESTER (SDS) SAINS SEMESTER 1
2. PELAJAR SISTEM DUA SEMESTER (SDS) SAINS KOMPUTER SEMESTER 1
Hantar pertanyaan melalui Telegram BERKAITAN KAD PELAJAR SAHAJA.
2. PELAJAR SISTEM DUA SEMESTER (SDS) SAINS KOMPUTER SEMESTER 1
GAMBAR WAJIB BERUKURAN PASPORT MALAYSIA (WAJIB LATAR BELAKANG WARNA PUTIH. AMAT DIGALAKKAN UNTUK MENGGUNAKAN GAMBAR YANG DIHASILKAN OLEH JURUFOTO DI STUDIO FOTOGRAFI (KEDAI GAMBAR). MINTA JURUFOTO UNTUK HANTAR GAMBAR TERUS KE TELEFON PINTAR ATAU E-MEL ANDA.
KEPADA PENGGUNA IPHONE, CONVERT DAHULU FORMAT HEIC KEPADA FORMAT JPG/JPEG ATAU PNG.
BOLEH GUNA WEBSITE INI UNTUK CONVERT FORMAT GAMBAR:
https://www.iloveimg.com/convert-to-jpg/heic-to-jpg
 PERMOHONAN KAD PELAJAR AMBILAN 2: DIBUKA SEHINGGA 7.7.2025
SILA BACA ARAHANÂ DI BAWAH SEBELUM ISI PERMOHONAN KAD PELAJAR !!
ARAHAN:
Google Site ini digunakan untuk mengumpul gambar pelajar-pelajar baharu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan untuk tujuan pihak kolej mencetak kad pelajar (KAD MATRIK). Kad pelajar wajib dipakai sepanjang masa di kawasan kolej.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar baharu KMNS Sesi 2025/2026 DIWAJIBKAN memuat naik GAMBAR berukuran PASPORT. Pelajar DIGALAKKAN untuk menggunakan akaun e-mel DELIMA sekiranya ada dalam borang permohonan di bawah. Contoh akaun e-mel DELIMA ialah 26725@moe-dl.edu.my. Jika TIADA, boleh guna e-mel sendiri seperti gmail.Â
Format gambar yang diperlukan mempunyai ciri berikut:
Berlatar belakang warna PUTIH.
Berpakaian formal (baju-T tidak dibenarkan sama sekali).
Lelaki (Kemeja berkolar, rambut kemas, tidak diwarnakan dan pendek. Penampilan kemas, rambut tidak menutup mata, TIDAK MEMAKAI APA-APA JENIS PENUTUP KEPALA).
Bagi perempuan yang memakai tudung atau hijab, pastikan memakai tudung atau hijab yang bewarna gelap kerana warna latar adalah putih.
Pastikan gambar adalah jelas menampakkan muka anda dengan terang dan tiada bayang-bayang pada muka dan belakang gambar.
Format file JPG atau PNG sahaja. Format HEIC pengguna IPHONE tidak boleh digunakan.Â
Sebaik-baiknya gunakan gambar yang diambil oleh jurufoto profesional di kedai gambar. Minta softcopy daripada jurugambar dan simpan softcopy dalam storan telefon, bukan disimpan dalam CD atau usb flash drive.
Sebelum mengisi Google Form di bawah, fikirkan ringkasan nama untuk dicetak pada kad pelajar. Panjang ringkasan nama terhad kepada 12 AKSARA SAHAJA termasuk ruang kosong. Minimum 3 aksara.
    Contoh 1: Nama sebenar ialah Ahmad Zulfifarizal, boleh gunakan Zulfifarizal (12 aksara) atau Zulfi (5 aksara). Â
 Contoh 2 : Nama sebenar ialah Stella Soh Miao Yuan, boleh gunakan Stella (6 aksara), Stella Soh (10 aksara termasuk ruang kosong). Â
 Contoh 3 : Nama sebenar ialah Dineshkumar A/L Ravi, boleh gunakan Dineshkumar (11 aksara) atau Dinesh (6 aksara).
7. Pelajar HANYA dibenarkan menggunakan sebahagian daripada nama asal, dan tidak menokok tambah nama, mengubah ejaan, menambah atau mengurangkan huruf atau perkataan lain.
8. Pihak kolej akan meminda dan membatalkan nama pilihan pelajar atau gambar pelajar jika didapati tidak sesuai.
9. Anda akan dihubungi oleh pihak kolej melalui e-mel, telefon atau aplikasi Telegram sekiranya gambar yang dimuat naik tidak memenuhi syarat atau didapati tidak sesuai oleh pihak kolej.
Di atas ini ialah contoh kad pelajar KMNS. Gambar pelajar akan berada di bahagian tengah kad.
GUNAKAN AKAUN E-MEL DELIMA JIKA ADA. PENGGUNAAN E-MEL LAIN JUGA DIBENARKAN.
CONTOH E-MEL DELIMA:Â
m-26725@moe-dl.edu.my
SELEPAS GAMBAR YANG DIPILIH MASUK DALAM KOTAK GAMBAR, GUNAKAN 2 JARI UNTUK BESARKAN GAMBAR. BESAR MACAM MANA? RUJUK SEMULA ARAHAN GRAFIK DI ATAS.Â
INGAT: WARNA LATAR GAMBAR WAJIB WARNA PUTIH!!!!