Mengawalselia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan supaya selamat dan efisyen melalui penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berteknologi tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan negara serta menjaga kebajikan dan membangunkan keupayaan warga yang profesional.
Mewujud dan mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor dengan sistematik, berintegriti dan inovatif.
Mewujud dan mentadbir sistem latihan, pengujian dan pelesenan pemandu yang berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah.
Menguatkuasa dan mentadbir undang-undang pengangkutan jalan dengan komited dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya kepatuhan kepada peraturan jalan raya.
Mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan cekap dan berintegriti bagi memenuhi keperluan pengguna alam sekitar serta industri automotif negara.
1. Biru :
Perkhidmatan yang Mesra, Cekap dan Telus.
2. Merah :
Semangat dan disiplin yang tinggi dalam perkhidmatan.
3. Kuning :
Perkhidmatan yang berpegang kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi serta kukuh dalam nilai agama dan kerohanian.
4. Bulan dan bintang :
Menjunjung perkhidmatan yang berlandaskan pegangan agama yang tinggi.
5. Bunga Padi :
Sumbangan ke arah kemakmuran negara melalui kutipan hasil yang cekap dan berkesan.
6. Bulatan Di Tengah-Tengah :
Menjadi peneraju kepada pembangunan sektor pengangkutan jalan raya yang selamat, cekap dan berdisiplin bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial Negara.
Bulatan juga melambangkan JPJ sebagai sebuah yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan dalammemenuhi keperluan persekitaran yang dinamik.
UNIFORM SEPARA LENGKAP
UNIFORM LENGKAP
AMMAR ARIF BIN SAHRUN NIZAN
MUHAMMAD AIRIEL RAFIEQ BIN ROSLAN