SELAMAT DATANG KE LAMAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
LATIHAN KEBAKARAN TELAH DIADAKAN PADA 24 JUN 2025 BERTEMPAT DI SMK ALAM DAMAI.
OBJEKTIF:Â
Meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan warga sekolah terhadap bahaya kebakaran dan kepentingan bertindak pantas dan berdisiplin ketika kecemasan.
Memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada murid, guru, dan staf sekolah mengenai prosedur pemindahan bangunan (evakuasi) yang selamat dan tersusun.
Mengurangkan risiko kecederaan dan kehilangan nyawa sekiranya berlaku kebakaran sebenar melalui tindakan pantas dan berkesan.
Menguji keberkesanan pelan tindakan kecemasan sekolah, termasuk sistem amaran, laluan kecemasan, dan lokasi titik perhimpunan.
Meningkatkan kerjasama dan koordinasi antara semua pihak termasuk warga sekolah dan pihak luar seperti bomba dan penyelamat semasa kecemasan berlaku.
Melatih pemimpin murid dan jawatankuasa keselamatan sekolah agar bersedia mengambil peranan penting semasa kecemasan berlaku.