Latihan kawad kaki yang dikendalikan sepenuhnya oleh ketua komand yang diwakili oleh pelajar sendiri dengan dipantau oleh guru penasihat
2. Program latihan secara bersama dengan sekolah angkat Jabatan Penjara Malaysia iaitu SMK Seri Sembrong. Kaedah ini telah berjaya meningkatkan motivasi pelajar untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti Kadet Koreksional
3. Menjemput jurulatih dari kalangan Pegawai Penjara untuk memantau dan membuat semakan terhadap teknik kawad kaki yang betul dan kaedah latihan yang tepat.
Sarjan Hassan Bin Sufian (gambar sebelah)
4. Membawa pelajar ke Padang Kawad Penjara Kg. Gajah, Kluang untuk memberikan pengalaman sebenar suasana pertandingan kawad kaki dengan ditonton oleh kebanyakan pegawai penjara yang bertugas
5. Program Pentauliahan Pangkat untuk guru dan pelajar. Pentauliahan untuk guru diadakan di Pusat Koreksional Kedah di Pulau Langkawi selama seminggu dan diadakan setiap 2 tahun sekali, manakala Pentauliahan untuk pelajar diadakan pada setiap kali dianjurkan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri.