Jom kita tengok amalan sunat sebelum solat Jumaat yang dianjurkan dalam Islam ✨
1. Mandi Sunat Jumaat
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh."
(Riwayat al-Bukhari, no. 877 dan Muslim, no. 846)
👉 Nota: Ulama memahami “wajib” di sini sebagai sangat dituntut (sunat muakkad), bukan fardu.
2. Memakai pakaian terbaik & wangi-wangian
Nabi ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaian terbaiknya, memakai bau-bauan jika ada... kemudian keluar dan tidak melangkahi tengkuk manusia… kemudian solat dan mendengar khutbah, maka diampunkan dosanya antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain."
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim – sahih)
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang pergi ke solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia berkorban unta… dan sesiapa yang datang pada waktu kelima, maka seolah-olah dia berkorban telur. Apabila imam keluar (naik mimbar), maka para malaikat hadir untuk mendengar zikir (khutbah)."
(Riwayat al-Bukhari, no. 881 dan Muslim, no. 850)
4. Solat sunat tahiyyatul masjid
Nabi ﷺ bersabda:
"Apabila salah seorang dari kamu masuk masjid, maka janganlah duduk sehingga dia solat dua rakaat."
(Riwayat al-Bukhari, no. 444 dan Muslim, no. 714)
Nabi ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan disinari baginya cahaya antara dua Jumaat."
(Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi – disahihkan oleh Syaikh al-Albani)
6.Memperbanyakkan selawat & doa
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat."
(Riwayat Abu Dawud, no. 1531 – sahih)
Juga sabda Baginda:
"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba Muslim berdoa dalam waktu itu melainkan akan dikabulkan."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
©2025. HAK CIPTA TERPELIHARA .MUHAMMAD AFIF BIN ROSLY
PDPP COS PENDIDKAN ISLAM.IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
EDUP2112 Teknologi Media untuk Pengajaran dan Pembelajaran
e-mel:g-57560654@moe-dl.edu.my