TENTANG JABATAN

Peranan Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) ialah merancang, mengurus, menentukan program yang bersesuaian dengan fungsi jabatan seperti pengoperasian dasar latihan, pembudayaan penyelidikan dan inovasi dengan melaksanakan jaringan kolaboratif dengan pelbagai agensi. JPPI juga bertanggungjawab merancang pelaksanaan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang pembangunan profesionalisme perguruan IPGK. Jabatan ini turut membuat jalinan dan jaringan program kerjasama dan pengantarabangsaan IPGK melalui beberapa program seperti kolokium, seminar penyelidikan, kerjasama inovasi dan persidangan sama ada di dalam dan di luar negara. JPPI ini berfungsi dengan menyelaras empat buah jawatankuasa khas yang terletak di bawah tiga unit yang terdapat di dalam JPPI iaitu Perancangan dan Pengoperasian Dasar, Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan