Resources
[Link]
[Link]
[Link]
[Link]
Stakeholders
[Name]
[Name]
[Name]
[Name]
ISBN : 978-967-2778-26-4
(2024). Penerbit Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKDA.
Buku ini merupakan panduan komprehensif dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Ia dirangka khusus untuk membantu guru Pendidikan Islam dalam menyediakan RPH yang tersusun dan berpandukan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di samping memberi penekanan kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Antara fokus utama buku ini termasuk penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), integrasi nilai-nilai Islam, penggunaan pendekatan pedagogi yang sesuai dan penyediaan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan. Turut dimuatkan ialah panduan pengkaedahan Jawi selaras dengan standard Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai nilai tambah bagi meningkatkan kualiti pengajaran Jawi dalam Pendidikan Islam.
Buku ini diterbitkan pertama kalinya pada tahun 2024 dan dicetak sebanyak 1000 naskah. Buku ini juga boleh diperoleh secara terus daripada pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKDA.
Resources
[Link]
[Link]
[Link]
[Link]
Stakeholders
[Name]
[Name]
[Name]
[Name]
e-ISBN : 978-967-2778-43-1
(2025). Penerbit Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKDA.
Koleksi Poster Inovasi Digital Pendidikan Islam ini merupakan e-book yang menghimpunkan hasil kreativiti guru pelatih Institut Pendidikan Guru Darulaman yang diterjemahkan ke dalam bentuk poster inovasi pendidikan. Koleksi ini bukan sahaja membuktikan usaha dan komitmen guru pelatih dalam memperkaya pengajaran Pendidikan Islam, tetapi juga menjadi sumber inspirasi kepada para pendidik dalam menerapkan elemen digital dalam penyampaian ilmu.
Koleksi ini turut memberikan tips berguna dalam menghasilkan poster inovasi yang lebih menarik dan berimpak tinggi. Hasil koleksi tugasan guru pelatih yang berkaitan dengan kursus ini juga telah dihimpun dan dinilai oleh barisan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang inovasi. Malah Koleksi Poster ini adalah sebahagian daripada Kolokium Inovasi Digital yang telah dilaksanakan pada akhir semester pengajian, sekaligus menjadi platform bagi guru pelatih untuk berkongsi idea dan mengetengahkan kreativiti mereka dalam menghasilkan bahan pengajaran yang lebih dinamik.
Resources
[Link]
[Link]
[Link]
[Link]
Stakeholders
[Name]
[Name]
[Name]
[Name]
ISBN : 978-967-2778-44-8
(2025). Penerbit Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKDA.
Modul ini membincangkan konsep dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di semua Sekolah Kebangsaan mahu pun Sekolah Jenis Kebangsaan yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Perbincangan modul ini merangkumi pendekatan pengajaran, strategi pembelajaran serta kaedah penyesuaian kurikulum bagi memenuhi keperluan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Modul ini juga menekankan aspek pedagogi inklusif yang berasaskan nilai-nilai Islam selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, modul ini turut menyajikan asas Kod Isyarat Tangan dalam menyampaikan isi kandungan Pendidikan Islam sebagai panduan umum kepada bakal pendidik. Seharusnya modul ini menjadi panduan berguna kepada bakal pendidik dan tenaga pengajar dalam mengaplikasikan pendidikan inklusif secara berkesan dalam pengajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bilik darjah.