PT13-MAKLUM BALAS PELANGGAN LUARAN (SEKOLAH)

1.0 OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk menjelaskan proses untuk mendapatkan maklum balas pelanggan luaran (sekolah) secara terancang dan sistematik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan keguruan di Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) dan selaras Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Hasil dapatan maklum balas pelanggan akan membantu dalam proses penambahbaikan keseluruhan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPG.

2.0 SKOP

Prosedur ini digunakan oleh IPG KPM untuk mengenal pasti penilaian pelanggan luaran (sekolah) terhadap Guru Baharu lulusan PISMP IPG berdasarkan maklum balas yang diberikan berhubung dengan aspek berkaitan profesionalisme keguruan serta kemahiran insaniah Guru Baharu. Lima (5) aspek yang dinilai merupakan beberapa elemen yang terkandung dalam Objektif Pendidikan Program (OPP) atau Program Education Objective (PEO) bagi PISMP.

IPG KPM-EOMS-PT-13 (1).pdf
LAM-PT-13-01.pdf
LAM-PT-13-02.pdf
LAM-PT-13-03.pdf

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN (SSKP)

Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) perlu dilengkapkan oleh pentadbir sekolah (Guru Besar/ Penolong Kanan/ Penyelia Petang/ Ketua Panitia) setelah Guru Baharu  lulusan IPG ditempatkan di sekolah selama setahun. SSKP ini ditadbirkan bagi tujuan penambahbaikan program latihan perguruan pra perkhidmatan kelolaan IPG. 


PANDUAN UNTUK PENYELARAS IPG:

PANDUAN UNTUK PARA PENTADBIR SEKOLAH:

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA

DR. SHAMSAZILA BINTI SA'ABAN MELALUI 

E-MEL:   ipgm-2874@moe-dl.edu.my