Pengenalan
Laman Sesawang eDHub ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan di peringkat Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Unit, Pegawai-pegawai Meja Inisiatif, serta pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha menyalurkan maklumat sahih terkini perihal program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh jabatan di peringkat cawangan.
Matlamat
Dalam zaman teknologi masa kini, maklumat telah menjadi aset yang sangat penting kepada sesebuah organisasi. Sebagai institusi yang melaksanakan latihan di peringkat profesionalismen adalah menjadi tanggungjawab institusi ini sentiasa memastikan keberkesanan penyampaian dan penyebaran maklumat dilihat berkeupayaan menentukan kejayaan sesuatu organisasi dalam pengoperasiannya. Seiringan dengan kemajuan teknologi komunikasi seperti medium telefon pintar, televisyen serta internet khusus membolehkan penyampaian dan penyebaran maklumat menjadi lebih pantas dan kos efektif. Capaian Internet yang baik telah membolehkan laman web dijadikan sebagai medium dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada pelanggan dan kumpulan sasar. Dalam era mobilisasi dan interaktiviti kini, laman web merupakan antara rujukan utama dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu organisasi. Justeru, kandungan laman web perlu memenuhi keperluan pelawat yang terdiri dari pelbagai lapisan dan tahap literasi bagi memberi keyakinan kepada mereka tentang sesebuah organisasi. Laman web boleh bertindak seolah-olah menjadi "agen pemasaran" kepada "produk-produk” sesebuah organisasi. Pengiklanan ”produk-produk” sesebuah organisasi boleh dilakukan melalui laman web kerana pengiklanan merupakan kaedah pemasaran terpenting di dalam perniagaan dalam memperkenalkan ”produk” dan organisasi.Justeru itu, Laman web yang teratur dan menarik mampu meningkatkan reputasi sesebuah organisasi kerana ia boleh mencerminkan organisasi berkenaan. Maka, hasil capaian dan rujukan kepada ”produk-produk” sesebuah organisasi adalah sebenarnya bergantung kepada keberkesanan Laman web organisasi berkenaan untuk meyakinkan pelawat dan pembaca Laman web berkenaan bahawa mereka harus mendapatkan ”produk” yang ditawarkan. Oleh itu, memiliki Laman web yang efektif merupakan harapan dan aspek penting untuk menentukan kejayaan sesebuah organisasi untuk menjadi sebuah institusi yang menjadi rujukan, dihormati dan dikenali. Namun begitu, perlu diingat bahawa Laman web juga boleh menjatuhkan reputasi sesebuah organisasi andai tidak diselenggara dengan baik. Justeru, Laman web sesebuah organisasi perlu sentiasa dikemaskini dan dilindungi bagi memastikan ketersedian capaian dan integriti kandungannya. Selain itu, kandungan Laman web juga memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat kepada golongan sasar. Ketepatan maklumat dan capaian maklumat yang mudah dapat membantu pengguna internet mendapatkan maklumat yang dikehendaki terutamanya apabila mereka menggunakan enjin carian sebagai medium utama pencarian maklumat mereka