PMM terdiri daripada 4 aras utama yang membahagikan makanan kepada 5 kumpulan utama. Setiap aras menunjukkan jumlah dan jenis makanan yang disarankan untuk diambil mengikut keperluan tubuh bagi mengekalkan keseimbangan tenaga serta kesihatan keseluruhan.
Sayur-sayuran dan buah-buahan berada pada aras paling bawah piramid kerana ia disarankan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana:
Sayur dan buah mengandungi serat, vitamin, dan mineral penting untuk tubuh.
Membantu meningkatkan sistem imuniti badan (Muhammad Azif Azizi Md Noh, 2024).
Mencegah masalah pencernaan seperti sembelit jika diambil secara mencukupi.
Pengambilan makanan dari kumpulan ini membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh dan mencegah jangkitan serta penyakit kronik.
Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama tubuh dan disarankan diambil dalam kadar yang sederhana. Contoh makanan karbohidrat termasuklah:
Nasi, roti, mee, bijirin dan ubi-ubian.
Piramid Makanan Malaysia 2020 mencadangkan pengambilan karbohidrat sebanyak 50–65% daripada jumlah tenaga harian, berbanding 55–75% yang disarankan dalam versi 2010 (KKM, 2020). Namun:
Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan obesiti, kencing manis dan kenaikan berat badan (Muhammad Azif Azizi, 2024).
Pengambilan terlalu rendah pula boleh menyebabkan kelemahan dan kekurangan tenaga (Ahmad Wazir Aiman, 2019).
Justeru, pengambilan karbohidrat mestilah seimbang dan terkawal.
Protein penting untuk membina dan membaiki tisu badan, lebih-lebih lagi bagi individu yang aktif secara fizikal. Ia juga membantu dalam:
Memberi rasa kenyang lebih lama dengan merangsang hormon Peptide YY (Dr. Kushairi Zuradi, 2020).
Membantu dalam menurunkan berat badan secara sihat.
Membina otot yang sihat dan kuat.
Sumber protein termasuk ayam, ikan, telur, kekacang dan produk tenusu. Pengambilan protein yang mencukupi akan memastikan keseimbangan metabolisme dan perkembangan otot yang baik.
Puncak piramid makanan menunjukkan kumpulan makanan yang perlu diambil dalam jumlah yang sangat sedikit kerana:
Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan masalah jantung, obesiti dan kolesterol tinggi.
Namun, lemak masih diperlukan oleh tubuh dalam jumlah kecil kerana:
Lemak baik seperti lemak monounsaturated (minyak zaitun, kekacang) dan polyunsaturated (Omega-3 dan Omega-6 dalam ikan dan minyak sayuran) memberi manfaat kesihatan, termasuk perlindungan terhadap penyakit jantung (Asyikin Md Isa, 2023).
Oleh itu, penting untuk memilih jenis lemak yang sihat dan mengehadkan pengambilan lemak tepu serta gula tambahan dalam diet harian.