Kata Aluan Ketua Jabatan
DR MOHD ZAMRI B ABDULLAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izin-Nya jua Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGKKB telah berjaya menghasilkan Laman Web Jabatan
Laman Web Jabatan ini mengandungi maklumat menyeluruh berkaitan Struktur Kursus, Ringkasan Kalendar Akademik, Jadual Waktu, Kawalan Dokumen, Carta Organisasi Jabatan, Senarai Agihan Tugas Peringkat Jabatan dan Senarai Pelantikan Sebagai Jawatankuasa Kerja Institut (Berdasarkan Buku Manual Pengurusan IPGKKB.
Akhir kalam, saya berharap agar laman web ini dapat menjadi panduan kepada ahli jabatan dan semua pihak yang berkepentingan dalam usaha melahirkan para pendidik profesional selaras dengan aspirasi IPGKKB.
Sekian, Salam Hormat dan Selamat Maju Jaya
CARTA ORGANISASI JKA 2025