Apa itu Unsur Seni?
Apa itu Unsur Seni?
Unsur seni merujuk kepada komponen asas yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya seni visual. Unsur-unsur ini membantu murid memahami, mencipta dan menghargai seni dengan lebih mendalam.
Terdapat 5 Unsur seni. Berikut ialah maksud dan penerangan ringkas bagi unsur-unsur seni utama dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah:
Garisan ialah kesan pergerakan titik. Ia boleh lurus, melengkung, putus-putus, tebal, halus dan pelbagai bentuk lain.
Digunakan untuk membentuk imej, corak, atau menunjukkan arah dan pergerakan.
Terdapat beberapa jenis garisan yang perlu kita tahu. Jom kita teroka bersama!
Garisan Beralun
Garisan Zig Zag
Garisan Selari
Garisan Berlingkar
Garisan Putus-putus
**Banyak lagi jenis-jenis garisan yang anda boleh teroka sendiri.
Rupa ialah garisan luar sesuatu benda.
Garisan luar tersebut akan bertemu pada suatu titik dan berakhir pada suatu titik yang sama.
Rupa ialah bentuk dua dimensi (2D) yang mempunyai tinggi dan lebar, ia tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan.
Contohnya: bulatan, segi empat, hati dan bintang.
Terdapat 2 jenis rupa yang perlu kita tahu. Jom kita teroka bersama!
Rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.
Rupa organik mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar atau sempadan luarnya tidak terikat. Kebanyakan benda semulajadi mempunyai rupa organik.
Bentuk ialah objek tiga dimensi (3D) yang mempunyai jisim iaitu tinggi, lebar dan Panjang
Contohnya: bola, kiub, silinder, piramid.
Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan penting dalam penghasilan karya dan kehidupan seharian. Warna dapat membezakan antara sesuatu benda.
Terdapat beberapa 3 jenis warna yang kita perlu tahu iaitu;
Warna Asas
Warna Sekunder
Warna Tertier
Terdapat 3 warna asas iaitu;
Merah
Biru
Kuning
Warna sekunder ialah warna yang terhasil apabila dua warna asas dicampurkan.
1. Oren (Jingga) = Merah + Kuning
2. Hijau = Kuning + Biru
3. Ungu = Merah + Biru
Warna tertier ialah warna yang terhasil daripada campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna.
1. Merah + Oren = Merah Oren
2. Kuning + Oren = Kuning Oren
3. Kuning + Hijau = Kuning Hijau
4. Biru + Hijau = Biru Hijau
5. Biru + Ungu = Biru Ungu
6. Merah + Ungu = Merah Ungu
Warna tertier lebih kompleks dan memberi kesan visual yang lebih menarik dan harmoni dalam karya seni. Dalam pengajaran, ia membantu murid mengembangkan pemahaman tentang pengaruh campuran warna dan keseimbangan dalam rekaan seni.
Jalinan merujuk kepada rasa permukaan sesuatu objek, sama ada benar (boleh dirasa) atau tampak (nampak kasar/halus).
Contoh: kulit kayu, pasir, cangkerang, kain baldu dan sebagainya.
Terdapat 2 jenis jalinan yang perlu kita tahu. Jom kita teroka bersama!
Maksud: Jalinan yang boleh dirasa secara fizikal dengan tangan.
Contoh: Kulit pokok yang kasar, kain baldu yang lembut, pasir yang berbutir, kulit buah durian dan sebagainya.
Digunakan dalam: Arca, kolaj, kraftangan — di mana murid menyentuh permukaan sebenar bahan.
Maksud: Jalinan yang nampak seolah-olah mempunyai tekstur, tetapi tidak boleh dirasa — hanya kelihatan melalui penglihatan.
Contoh: Lukisan bulu burung yang kelihatan lembut, gambar kayu yang nampak kasar tapi sebenarnya licin (cetak atau lukisan).
Digunakan dalam: Lukisan, cetakan, gambar — kesan jalinan dicipta menggunakan warna, bayang dan garisan.