Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
1. Dia suka menonton rancangan televisyen.
2. Tasha sedang berehat di ruang tamu.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
2. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
Contoh: Adik masih belum makan?
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah :
Ayat suruhan memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
Contoh: Minumlah teh ini dahulu.
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
Contoh: Jangan petik bunga itu.
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
Contoh: Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
Contoh: Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan
seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh,
Contoh: Amboi, cantiknya gadis itu!