Kg Hj Ghaffar asalnya ialah kampung baru atau 'New Village' iaitu nama yang diberi oleh penjajah ketika itu. Penduduk kampung itu hanyalah terdiri daripada 12 keluarga. Boleh dikatakan 95% anak-anak mereka tidak bersekolah. Sekolah yang paling hampir ialah SK Syer Hitam dan SK Seri Bandan. Disebabkan kesukaran pengangkutan, niat untuk menyekolahkan anak-anak dilupakan.
Kegigihan Tuan Hj Ghaffar bin Mustafa selaku ketua kampung dan Tuan Hj Wamin bin Mat Nawi selaku platun 'Home Guard' telah berusaha membina sebuah sekolah rakyat. Akhirnya pada tahun 1950 terbinalah sebuah sekolah Melayu di kawasan ini dengan bantuan RIDA Daerah Batu Pahat.
Bangunan berukuran 40' x 60' didirikan oleh RIDA di tepi jalan Ayer Hitam ke Yong Peng (di hadapan masjid Kg Hj Ghaffar sekarang). Keseluruhan bangunan diperbuat daripada zink (atap dan dindingnya adalah zink). Walaubagaimanapun, ibu bapa di situ rasa bersyukur kerana anak-anak mereka dapat bersekolah.
Pada tanggal 01.01.1951, sekolah itu telah dirasmikan oleh Tuan Syed Isa bin Syed Alwi iaitu Pengelola Sekolah Daerah Batu Pahat. Beliau menamakan Sekolah Melayu Seri Bulan. Nama ini dipilih kerana zink yang berkilat bersinar terag pada waktu siang. Ketika dibina terdapat 42 orang murid dan seorang guru. Guru yang mula-mula bertugas ketika itu ialah Cikgu Mohd Zin.
Oleh kerana bangunan sekolah itu tidak memberikan keselesaan kepada penghuninya dan menyedari akan kepentingan pendidikan, maka pada tahun 1957 (selepas merdeka) sekolah ini dipindahkan ke tempat baru. Terbinalah bangunan di atas tapak MLO 8990.
Pada 14 Jun 1969, seklah baru mula digunakan iaitu yang ada sekarang ini. Sekolah yang pada asalnya hanya satu blok bangunan, sudah bertambah menjadi tiga blok. Sekolah ini mempunyai kelengkapan ang setanding dengan sekolah-sekolah yang terdapat di Daerah Batu Pahat. Di atas keprihatinan kerajaan, tahun 2002 yang lalu, telah dibina pula sebuah makmal komputer, dengan tujuan agar pelajar tidak ketinggalan dalam bidang IT.
Bentuk asas: Bujur telur adalah atas dasar ingin menimblkan keuikan dari segi reka bentuk dan lencana sekolah serta juga aspek keselamatan bagi murid
Roda: Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.
Buku: Melambangkan gedung ilmu pengerahuan yang sentiasa menjadi teman kepada pelajar-pelajar dan guru-guru
Warna biru: Keharmonian dalam persekitaran, budaya kerja, bantu-membantu dan hormat menghormati
Warna kuning: Sentiasa berusaha membina ilmu untuk mencapai kecemerlangan
Warna merah: Berani mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan.
VISI
GURU BERKUALITI MURID CEMERLANG SEKOLAH TERBILANG
MISI
SK SERI BULAN MEREALISASIKAN KEMENJADIAN MURID YANG SEMPURNA SAHSIAH, AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
Kami murid Seri Bulan
Berazam dan berusaha
Kami akan mencuba
Mencapai cita-cita
Belajar dengan sungguhnya
Dapatkan hati yang mulia
Rajinlah kita membaca
Tak tahu mesti bertanya
Mari kita berbakti
Pada nusa dan bangsa
Mencapai cita murni
Tanda kejayaan kita
Bersemangat kita semua
Bersukan dan olahraga
Apa yang kita cita-citakan
Semoga kita berjaya