Kembali ke
30 April 2024 | 21 Syawal 1445H
Selasa
Poster promosi program (digital)
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 30 April 2024 bersamaan 21 Syawal 1445H | Selasa
Masa : 9:00 pagi - 1:30 petang
Tempat : Dataran Semaian SuBur
Penganjur : Unit Kokurikulum, Unit HEM dan BKGK SMK Sg Burong
Peserta : Semua murid, guru dan kakitangan SMK Sg Burong
PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM
Sambutan Aidilfitri di bulan Syawal merupakan hari bagi kita umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al’Mubarak. Kita digalakkan meraikan kehadiran Syawal ini dengan bersederhana dan penuh kemeriahan. Sambutan Aidilftri memberi ruang untuk kita bermaaf-maafan dan mengeratkan silatulrahim sesama warga pendidik, murid-murid dan juga wakil ibu bapa.
Program sambutan hari raya Aidilfitri merupakan aktiviti tahunan di SMK Sungai Burong selain daripada aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan keagamaan. Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada warga sekolah khusunya murid-murid untuk merasai kegembiraan meraikan hari raya bersama-sama. Majlis ini secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
OBJEKTIF PROGRAM
Adalah diharap program majlis sambutan hari raya Aidilfitri 1445H ini dapat:
Memupuk sikap untuk menghayati dan meraikan bulan-bulan kebesaran Islam.
Membentuk amalan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.
Menanam sifat pemurah dan memberi peluang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan dalam menyambut hari raya tanpa ada perbezaan antara miskin dan kaya.
Memupuk nilai menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh kaum lain.
Membentuk sahsiah warga sekolah dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Membentuk dan melahirkan akhlak mahmudah dan menjauhkan sifat mazmumah.
TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Sesi PdPc
9.00 pagi : Persediaan majlis. Murid dan guru berkumpul di Dataran Semaian Subur
9.30 pagi : Bacaan doa
9.40 pagi : Ucapan YDP PIBG
10.00 pagi : Ucapan Tuan Pengetua
10.20 pagi : Jamuan raya dan persembahan murid / guru
11.30 pagi : Majlis meraikan guru-guru dan AKP yang berpindah sekolah
12.30 tengah hari : Penyampaian sumbangan duit raya
1.30 petang : Majlis bersurai
Senarai menu untuk jamuan:
Nasi minyak + ayam merah
Bihun sup
Nasi himpit / pulut kuning / rendang ayam
Roti jala + kari ayam
Buah tembikai dan limau
Dadih
Cheese tart
Krim puff
Kek marble
Air kordial sejuk
Cendol
Air kelapa
Acar timun nanas
Ketupat palas + rendang ayam hijau
Teh panas
ABC
Poster pertandingan Swafoto/Tiktok
Syarat Penyertaan
Riang Ria Raya #3R2024@SMKSB
🤳🤳😘😘📸📸🌈🌈🎉🎉❤️❤️
✅ Penyertaan Swafoto/Tiktok bersama ahli kelas hanya MENGGUNAKAN telefon Guru Tingkatan/ Guru Bayang sahaja. (Pelajar dikehendaki mencari Guru Tingkatan/Guru Bayang masing-masing).
✅ Tulis caption menarik sempena #3R2024@SMKSB.
✅ Lokasi gambar Swafoto hanya di Dataran Semaian SUBUR (lokasi 3R)
✅ Penyertaan hendaklah di hantar oleh Guru Tingkatan/ Guru Bayang ke Telegram Cikgu Ain Nabila sebelum jam 2.00 ptg.
❎Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa telefon ke sekolah PADA esok hari.
📌Pemenang SwafotoTiktok Riang Ria Raya terbaik akan di sampaikan pada Hari Perhimpunan Kokurikulum.
Seramai 3 orang guru dan seorang AKP telah berpindah sekolah sebelum sesi baharu 2024/2025 bermula. Majlis perpisahan bagi keempat-empat orang tersebut diadakan secara serentak dalam majlis jamuan ini.
Berikut ialah senarai pemberi hadiah bagi setiap guru/AKP yang menerimanya. Tn Pengetua mewakili semua pemberi hadiah dan menyampaikan hadiah kepada penerima sebagai simbolik penyerahan semua hadiah dan cenderahati kepada penerima.
CIKGU HASNAN BIN MAT NAWI
(naik pangkat sebagai Penolong Kanan Petang, SMK Kuala Selangor)
PEGULA🍭
2. Azrul😎
3. Pentadbir - Pengetua
4. AKP
5. Norashikin
6. Bidang Bahasa-Fattah
7. Bidang Sains Matematik
8. Guru perempuan
9. Wakil Pelajar- Asyiqah (4A)
10. Pengurusan Kukurikulum-Cikgu Tarmimi
11. BKGK
12. Unit HEM & UBK
13. Tarmimi
14. Bidang Teknik & Vokasional
15. PIBG
16. PSS
17. Bidang Kemanusiaan
18. Panitia PI
19. Koop
CIKGU SUHAILA BINTI PANUT
(bertukar ke Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz)
1.PEGULA🍭
2.Azrul😎
3. Pentadbir - Pengetua
4. Norashikin
5. Bidang Bahasa-Sukri
6. Bidang Sains Matematik
7. Guru perempuan
8. Wakil Pelajar- Alaisyah Hawa (4B)
9. Pengurusan Kurikulum-Cikgu Tarmimi
10. BKGK
11. Unit HEM & UBK
12. Tarmimi
13. Bidang Teknik & Vokasional
14. PIBG
15. PANITIA PSV
16. Bidang Kemanusiaan
17. Panitia PI
18. Koop
CIKGU HAMIDAH BINTI AJIS
(naik pangkat sebagai Penolong Kanan Petang, SMK Seri Desa)
1.PEGULA🍭
2.Azrul😎
3. Pentadbir - Pengetua
4. AKP
5. Norashikin
6. Bidang Bahasa-Zarina
7. Bidang Sains Matematik
8. Guru perempuan
9. Wakil pelajar-Fatin (4A)
10. Pengurusan Kurikulum-Cikgu Tarmimi
11. BKGK
12. Unit HEM & UBK
13.Tarmimi
14. Bidang Teknik & Vokasional
15. PIBG
16. PSS
17. Bidang Kemanusiaan
18. Panitia PI
19. Koop
PUAN NORHAFIDAH BINTI SUKILIN
(bertukar ke SMK Seri Desa)
PEGULA🍭
2.Azrul😎
3. Pentadbir - Pengetua
4. AKP
5. Norashikin
6. Bidang Bahasa-Atiqah
7. Bidang Sains Matematik
8. Guru perempuan
9. Siti Misnah - Rosmaria
10.Wakil pelajar - Hazwani (4B)
11. Pengurusan Kurikulum-Cikgu Tarmimi
11. BKGK
12. Unit HEM & UBK
13.Tarmimi
14. Bidang Teknik & Vokasional
15. PIBG
16. PSS
17. Bidang Kemanusiaan
18. Panitia PI
19. Koop
Surat makluman kepada pelajar.
Pindaan/Kelonggaran etika berpakaian :
Pelajar DIBENARKAN memakai kasut raya pada esok hari.
👨🏻🎓Pelajar Lelaki :
Sopan dan bertutup depan.
👩🏻🎓Pelajar Perempuan :
Sopan dan kasut tumit tinggi tidak melebihi 4 inci ke atas.
Pada awal bagi, setelah selesai perhimpunan pagi, semua pelajar kekal berada di Dataran Semaian SuBur untuk mendengar taklimat disiplin oleh Cikgu Halim. Sebahagian pelajar membantu guru-guru membuat persediaan untuk jamuan dan terlibat dengan latihan persembahan.
Pada jam 9:00 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara maljis, iaitu Pn Subashini dan Pn Nurul Ziyan. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azrul dan diikuti dengan ucapan Tn Hj Mohd Anuar bin Mat Salleh, Pengetua SMK Sg Burong. Setelah selesai, sesi jamuan bermula. Beberapa orang guru yang telah bersara baru-baru ini turut dijemput dan sudi hadir. Antaranya Pn Hjh Anita, Pn Mi'ah, En Rosle dan Tn Hj Kassim.
Sambil menikmati jamuan, semua hadirin dihidangkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar yang dibimbing oleh Pn Siti Faezahnor dan Pn Nurzarina. Sebanyak 5 buah persembahan telah dihidangkan kepada semua hadirin. Selain itu, terdapat guru-guru kelas yang mengambil kesempatan untuk bergambar dan berswafoto berkumpulan bersama pelajar-pelajar kelas masing-masing untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Pada pukul 11.30 pagi, setelah semua jemputan dan orang yang diraikan telah hadir, majlis penyampaian cenderahati kepada semua penerima telah berlangsung. Tn Hj Mohd Anuar selaku pengetua sekolah mewakili para penyumbang menyampaikan hadiah secara simbolik kepada penerima. Selepas itu, semua pelajar meneruskan sesi jamuan makan hingga selesai. Kemudian, semua pelajar diminta untuk bersama-sama mengemas kerusi dan meja sebelum majlis berakhir.
Setelah semua selesai, sesi pemberian sumbangan duit raya oleh para pentadbir sekolah bermula mengikut kelas dan tingkatan sehingga selesai. Majlis selesai sekitar jam 1:15 petang dan semua pelajar bergerak ke surau untuk solat zuhur. Selepas solat zuhur, semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Dapatkan koleksi gambar penuh di folder di bawah.