MODUL MURRABI PENDIDIKAN ISLAM SECARA ASASNYA PERLU DIKUASAI BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PROFESIONALISME KEGURUAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
LATAR BELAKANG MODUL
Pendidikan akidah adalah asas kepada dasar-dasar yang berbentuk abstrak dan melibatkan kepada kepercayaan dan keyakinan. Asas asas akidah yang kukuh perlu ditanam dari peringkat kanak-kanak lagi dengan menanamkan asas-asas akidah dari aspek ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara sam'iyyat. Bagi memenuhi keperluan dan matlamat keutuhan peribadi muslim, modul ini mengandungi penjelasan dan kefahaman asas terhadap rukun iman dan sifat-sifat Allah SWT dalam asma al-husna. Seterusnya kefahaman terhadap perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan dalam akidah seperti perbuatan kufur syirik dan lain-lain supaya dapat menjadi benteng akidah yang kukuh. Kandungan modul ini berfokuskan kepada kandungan DSKP pendidikan Islam sekolah rendah. Modul ini juga menyediakan contoh-contoh kaedah pengajaran akidah yang sesuai kepada kanak-kanak khususnya untuk murid-murid sekolah rendah. Seterusnya, modul ini juga mengandungi kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran murid sekolah rendah
Peserta kursus dapat menjelaskan kandungan asas-asas rukun iman dengan yakin dan mantap
Peserta kursus dapat menghuraikan asas-asas akidah ketuhanan berkaitan sifat-sifat Allah SWT dalam asma al-husna dan isu penyelewengan akidah ketuhanan seiring perkembangan semasa.
Guru dapat menyampaikan Ilmu-ilmu berkaitan akidah melalui strategi dan kaedah pedagogi yang terbaik seiring PdP abad 21
Guru dapat menguasai kaedah pentaksiran dalam pengajaran akidah sekolah rendah
TEMA YANG TERDAPAT DALAM MODUL TERDIRI DARIPADA PENGUASAAN ILMU AKIDAH, PEDAGOGI AKIDAH ABAD KE 21 DAN PENTAKSIRAN PENGAJARAN AKIDAH YANG MENGANDUNGI TOPIK TERPILIH SESUAI DENGAN OBJEKTIF MODUL
Dr. Raihaniah Zakaria
Pensyarah kanan bidang Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor.
Dr Paharuddin bin Arbain
Ketua jabatan,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Islam Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor.
Dr. Engku Zarihan binti Engku Abdul Rahman
Penolong Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Islam Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor.
PENSYARAH AKADEMIK
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Islam Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor.
Nor Sakinah binti Mat Arif
Pensyarah bidang Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor.
Norasmahani binti Hj Nor
Pensyarah bidang Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor.
Habibah binti Saffeen