Kaedah PdPc merujuk kepada cara atau pendekatan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid dengan berkesan. Ia melibatkan pemilihan teknik, aktiviti, dan susun atur pengajaran bagi mencapai objektif pembelajaran.
Strategi PdPc, pula merangkumi rancangan dan susunan tindakan yang digunakan secara sistematik untuk membantu murid membina pengetahuan, kemahiran dan nilai. Strategi PdPc mengambil kira tahap murid, teknologi yang digunakan, dan matlamat pembelajaran.
Contoh Strategi & Kaedah
✅ Fokus: Kemahiran 4K1N (Kreativiti, Pemikiran Kritis, Komunikasi, Kolaborasi, Nilai)
📌 Contoh aktiviti:
Pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning)
Aktiviti kumpulan guna Padlet atau Google Slides
Tugasan video kreatif (guna Canva atau TikTok pendidikan)
✅ Fokus: Pelajar bina pengetahuan sendiri melalui pengalaman dan interaksi
📌 Contoh aktiviti:
Pembelajaran penemuan (discovery learning)
Simulasi / eksperimen dalam talian
Murid cari maklumat dan bentang dalam kelas
✅ Fokus: Pelajar bantu satu sama lain capai objektif bersama
📌 Contoh aktiviti:
Teknik Jigsaw (setiap murid pakar dalam satu bahagian)
Tugasan kolaboratif di Google Docs
Perbincangan kumpulan & pembentangan bersama
✅ Fokus: Elemen permainan dalam PdPc untuk galakkan penglibatan
📌 Contoh aktiviti:
Kuiz interaktif guna Kahoot!, Quizizz, Wordwall
Sistem mata ganjaran & leaderboard
Aktiviti cabaran (Challenge-Based Learning)
[Sharutamil] [sharumathitamilselvan@gmail.com] [0143809663]