Maklumat asas pendidikan Daerah Sabak Bernam
Sila Pilih Daerah Sabak Bernam.
(Data Sehingga 28 Februari 2026)
(Data Sehingga 31 Mei 2025)
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam (PPDSB) ditubuhkan pada 1hb Jun 1982 di bawah Education Ordinance 1950 bagi mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di daerah Sabak Bernam. Pengwujudannya merupakan satu proses desentralisasi dalam pengurusan pendidikan, agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada orang ramai.
Sehingga Ogos 2013 bangunan pentadbirannya menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar. Bangunannya terdiri daripada 3 blok iaitu 2 blok yang telah diubahsuai mengikut keperluan semasa iaitu Blok 2 tingkat yang menempatkan Pejabat PPD, Unit Pengurusan Sekolah, Unit Perkhidmatan, Unit Kualiti, Psikologi dan Kaunseling dan Unit Kewangan. Blok 1 tingkat menempatkan Unit Pengurusan Akademik, Unit Pembangunan dan Perolehan, Unit Maklumat dan ICT serta Bilik Mesyuarat Utama. Bangunan baru yang menempatkan Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan pula telah beroperasi pada tahun 2004. Mulai Ogos 2013, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam telah berpindah ke Bangunan Sementara di Lot 25 & 27, Jalan Besar, Sabak Bernam.
Untuk mencapai perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik, PPD Sabak Bernam mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan MS ISO 9001: 2000 dan telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000 dari pihak SIRIM QAS International Sdn, Bhd. Pada 26 Januari 2007. Mulai Jun 2009 PPD Sabak Bernam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 secara bersepadu dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pada Disember 2017 PPD Sabak Bernam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 secara bersepadu dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, pensijilan MS ISO 9001-2015 (QMS01314) telah tamat pada September 2021.
Pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan dan dibantu oleh empat Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah serta seorang Pegawai Eksekutif Tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah pula dibantu oleh Penolong PPD yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor atau unit masing-masing.
Alamat : No. 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam, Selangor.
No. Telefon : 03 - 32162079
No. Faksimile : 03 - 32162093
~BERKUALITI DAN UNGGUL ~
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT DAERAH SABAK BERNAM
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PERANCANGAN (SPr)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PEMBELAJARAN (SPb)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID (SPM)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM
PEGAWAI EKSEKUTIF
SEKTOR PENGURUSAN (SP)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM
PETA KEDUDUKAN SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM
PETA SEKOLAH ZON SABAK BERNAM
PETA SEKOLAH ZON BATU 38
PETA SEKOLAH ZON SUNGAI AIR TAWAR
PETA SEKOLAH ZON SUNGAI BESAR
PETA SEKOLAH ZON PASIR PANJANG
En. Mohd Norhadi bin Mamat
En. Mohd Shamsi Hafiz bin Abdul Hamid
En. Ahmad Syafiq Firdaus bin Mohamad
Home | Admin Sektor | Pertanyaan | Hubungi Kami
Pusat Maklumat ini untuk keperluan dan kegunaan dalaman semua Pegawai dan AKP di PPDSB