FIESTA PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN DAN
KARNIVAL KERJAYA MADANI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
FIESTA PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN DAN
KARNIVAL KERJAYA MADANI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
PENGELOLA : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2
PENDAHULUAN
Program Fiesta Pendidikan, Keusahawanan dan Karnival Kerjaya Madani 2025 merupakan satu program yang berbentuk akademik dan kokurikulum yang dijalankan di peringkat Negeri. Program ini dijalankan bagi memberi peluang sekolah-sekolah di Negeri Sembilan menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang yang dipertandingkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada usaha untuk memperkembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu. Program ini adalah sebagai menyahut matlamat utama TS25 iaitu bagi memastikan kemenjadian pelajar dalam semua aspek dan meningkatkan kualiti sekolah dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Penganjuran Fiesta Pendidikan, Keusahawanan dan Karnival Kerjaya Madani peringkat Negeri Sembilan yang dikelolakan oleh SMK Seremban 2 ini diharap dapat menyahut cabaran memenuhi misi dan visi pendidikan negara dan Malaysia Madani bagi melahirkan modal insan yang cemerlang demi masa depan negara yang gemilang.
OBJEKTIF
Antara objektif utama program ini:
Menimbulkan minat serta mengukuhkan kemahiran dan penguasaan murid dalam akademik dan kokurikulum.
Mencetuskan kreativiti, daya intelek dan pembangunan modal insan minda kelas pertama melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan persaingan yang sihat di antara sekolah-sekolah yang menyertai program ini.
Mendedahkan semua murid tentang suasana pertandingan akademik dan kokurikulum secara fizikal dan secara talian.
KUMPULAN SASARAN
Penglibatan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang terlibat:
TARIKH, TEMPAT DAN MASA
Tarikh : 17 Julai 2025 ( Khamis )
Tempat : SMK Seremban 2,
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
GARIS MASA PELAKSANAAN:
Berikut adalah aktiviti dijalankan sepanjang Fiesta:
PERTANDINGAN
Terdapat 4 Pertandingan akan dijalankan.Iaitu: