Menurut Taufiq Hashim dan Aniswal Abd Ghani (2023), peminjaman perkataan Sanskrit dalam bahasa Melayu berlaku melalui proses pertembungan bahasa yang bermula sejak abad ke-7 Masihi.
Pedagang Srivijaya yang menjalankan aktiviti perdagangan di Kepulauan Melayu turut menyampaikan unsur-unsur bahasa, sekali gus memperkaya perbendaharaan kata Melayu. Bukan itu sahaja, bahasa Sanskrit yang pada masa itu digunakan oleh golongan bangsawan dan cendekiawan telah diperkenalkan ke dalam perbendaharaan kata Melayu, melalui hubungan budaya dan agama. Keperluan untuk menyatakan konsep-konsep baru yang berkaitan dengan agama, ilmu pengetahuan, dan kebudayaan turut mendorong bahasa Melayu menerima pinjaman bahasa Sanskrit. Adaptasi bahasa Sanskrit ke bahasa Melayu dapat dilihat melalui beberapa proses fonologi seperti penyisipan vokal, pengguguran suku kata dan pemendekan vokal (Taufiq Hashim & Aniswal Abd Ghani, 2022). Proses ini perlu bagi menyesuaikan sebutan Sanskrit ke lidah masyarakat tempatan, seterusnya memperkaya kosa kata bahasa Melayu.
CONTOH IMBUHAN ASING PINJAMAN BAHASA SANSKRIT