SELAMAT DATANG KE REPOSITORI UNIT KAJIAN TINDAKAN SMK TINGGI KLUANG, REPOSITORI KAJIAN GURU TERBESAR NEGERI JOHOR MENJELANG 2025
*******
WELCOME TO THE ACTION RESEARCH REPOSITORY OF SMK TINGGI KLUANG, THE LARGEST TEACHER RESEARCH REPOSITORY IN THE STATE OF JOHOR BY 2025
34% GURU-GURU SMK TINGGI KLUANG TELAH MENGHASILKAN KAJIAN TINDAKAN YANG DIJILIDKAN.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN STK UNTUK MANFAAT DUNIA (MUAT TURUN PERCUMA)
STK'S ACTION RESEARCH CONTRIBUTION FOR EDUCATION WORLD (FREE DOWNLOAD)
Term Definitions
Maksud iluminasi/ilu·mi·na·si/ n penerangan (dengan sinar matahari atau sinar buatan)
Iluminasi 18 bermaksud 'menerangi kegelitaan' guru dalam bidang penulisan yang dimulakan pada Tahun 2018 di SMK Tinggi Kluang. Sebelum itu, Kajian Tindakan hanya dilaksanakan secara individu-individu tertentu tanpa inisiatif sebar luas.
Pasukan ini ditubuhkan dalam organisasi sekolah bagi menepati keperluan untuk melahirkan penulis- penulis di kalangan guru dengan harapan dapat terus mengiluminasi pelajar-pelajar seluruh negara dari kegelapan ilmu.
Ebbut (1985) mendefinisikan Kajian Tindakan, KT sebagai suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
McNiff (1988) mengatakan KT sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalanamalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
Somekh (2005) pula mendefinisikan KT sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Clif (1994) mengatakan KT sebagai kajian bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu yang mereka sukai. Ia juga menyediakan satu kaedah yang formal bagi menjadikan pengetahuan guru sebagai sebahagian daripada sumber maklumat dalam pengajaran serta mendekatkan guru dalam struktur kuasa dalam pendidikan.
Kember & Gow (1992) pula mentakrifkan KT melibatkan pengamal (guru) untuk mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Clift, R. T. (1994). Book Reviews: Conversations With Collaborators, Colleagues, and Friends: Representing Others and Presenting Ourselves. Educational Researcher, 23(6), 29-31.
Ebbutt, D. (1985). Educational action research: Some general concerns and specific quibbles. Issues in educational research: Qualitative methods, 152-174.
Kember, D., & Gow, L. (1992). Action research as a form of staff development in higher education. Higher Education, 23(3), 297-310. Kemmis, S. (2008). Critical theory and participatory action research. The SAGE handbook of action research: Participative inquiry and practice, 2, 121-138.
Lebar, O. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. McNiff, S. (1988). Fundamentals of art therapy. Charles C Thomas, Publisher.
Somekh, B. (2005). Action research: a methodology for change and development: a methodology for change and development. McGraw-Hill Education (UK).
Penjilidan Pertama Kajian Tindakan 2019
( DIJUAL PADA USD 9 SENASKHAH)
First Ever Published Action Research 2019
(SELLING AT USD 9 PER COPY)
Pasukan Penjilidan Kali Pertama 2019
The First Publication Writers 2019
Konten Penulisan
Brief Content of the Writings
Video Pembentangan Wakil STK di Peringkat Kebangsaan 2022
STK representative at National Level Presentation 2022
****************************************
Achievements/ Contributions of the Action Research Unit to the Teacher Community
2008- PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN DAERAH ( NMEMONIC SEJARAH- LECHUMANAN JAYABALAN)
2009- JOHAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN DAERAH ( KIMIA - MOHD NIZAR MOHD AMIR)
2010- KE 5 PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN NEGERI ( KIMIA- MOHD NIZAR MOHD AMIR)
2013- PEMBENTANGAN KOLOKIUM NEGERI TINGKATAN ENAM NOORZAIDAH-NIZAR
2013- PEMBENTANGAN KOLOKIUM NEGERI TINGKATAN ENAM ALLAHYARHAM NOOR ZALILI MOHD MAULI ( ALFATIHAH)
2015- KONVENSYEN PENYELIDIKAN GURU TINGKATAN 6 ( MUET/ ENGLISH) DR S HASIMAH WATI ZAINAL
2015- PENULISAN 5 AMALAN BAIK PENGETUA MPSM KEBANGSAAN TN HJ ROZALI JEMALI/MOHD NIZAR
2017- JOHOR STATE ENGLISH LANGUAGE CONFERENCE ANJURAN JPNJ/UTM DR S HASIMAH WATI ZAINAL
2017- PEMBENTANGAN KOLOKIUM KEBANGSAAN- BAHASA MELAYU- PN RASYIDAH RAHMAT
2018- 2019- GERAKERJA MENGHASILKAN 46 KAJIAN DAN 22 PENULIS AKHIR KAJIAN TINDAKAN YANG DIJILIDKAN
2020- PENULISAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN DI STK- TN HJ ABDUL RAHMAN MOHD NOR/ MOHD NIZAR
2022- PEMBENTANGAN KOLOKIUM KEBANGSAAN- KIMIA- NORZIHANA ISMAIL- MOHD NIZAR BIN MOHD AMIR
2023- PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN PPD KLUANG- HAMDAN MOHAMAD
2024- PERTANDINGAN INOVASI PDPC KLUANG- HAMDAN MOHAMAD
Unit ini telah menghasilkan penerbitan mengikut subjek, mengikuti kolukium, persidangan dan memberi ceramah di seluruh Malaysia
ILMU TERKINI PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN
RAKAMAN BENGKEL PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022 PPD KLUANG
PENCERAMAH: DR SYAFIQ MOHD NOR
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
31 MEI 2022 JAM 12.30