Akronim bagi Badan Dakwah dan Rohani yang bertanggungjawab untuk memastikan semua murid mempunyai kerohanian jiwa yang mantap yang seterusnya membantu melicinkan perjalanan di sekolah ini disamping menjadi golongan utama yang aktif berdakwah untuk memastikan syiar Islam terus bernyawa di sekolah ini. Badan ini juga turut bertanggungjawab dalam pengurusan surau dan segala aktiviti agama yang dijalankan pihak sekolah.
BADAR SBPIKP ditubuhkan pada 2004 pada tahun IKUPS dibuka.
Warna hijau merupakan satu warna yang melambangkan ketenangan dan keindahan syurga.
Berasaskan model atom bagi menonjolkan unsur sains yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Berasakan model atom sebagai tanda murid aliran sains berupaya menjadi pemimpin Islam.
Tiga bulat bermakna tiga teras agama Islam, iaitu Iman, Ihsan dan Islam.
Bumi di pusat logo menandakan Islam ialah agama yang syumul.
AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
Melahirkan murid yang menghayati dan beramal dengan ajaran Islam sebagai cara hidup.
Membimbing dan memantapkan penghayatan Islam warga sekolah melalui aktiviti-aktiviti kerohanian, dakwah, penerbitan, kemasyarakatan, dan pengukuhan ilmu khususnya dalam konteks pendidikan ke arah pembentukan remaja yang cemerlang dalam dunia dan akhirat.
Membentuk ahli yang thiqah, amanah, dinamik dan professional
Menerapkan sifat mahmudah dan menjauhkan sifat mazmumah dalam diri setiap pelajar
Menggembleng usaha secara bersepadu dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam kalangan warga sekolah
Membimbing dan memantapkan penghayatan Islam warga sekolah melalui aktiviti-aktiviti kerohanian, dakwah, penerbitan, kemasyarakatan, dan pengukuhan ilmu khususnya dalam konteks pendidikan ke arah pembentukan remaja yang holisitik