Kembali ke
Program Ihya' Ramadan yang diadakan saban meruahirkan kesyukuran kaum muslimin kepada Allah SWT yang mengurniakan kepada mereka bulan yang dipenuhi keberkatan dan pengampunan. Allah SWT menjanjikan pelbagai keistimewaan yang berbentuk ganjaran pahala yang berlipat ganda bagi para hambanya yang tidak dapat ditemui pada bulan-bulan yang lain.
Oleh itu, sewajarnya warga SMKSB bersatu hati mengambil peluang untuk mengimarahkan bulan Ramadan inl demi meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT.
Menghidupkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amalah-amalan sunat.
Meningkatkan ketakwaan dan meraih sebanyak ganjaran pahala pada bulan Ramadan.
Mensyukuri kurniaan Allah SWT dan menginsafi sifat manusia sebagai hamba.
Menghayati sifat sabar dalam menghadapi dugaan Allah SWT.
BINGKISAN RAMADAN - Risalah info Ramadan disebarkan di dalam kumpulan media sosial Whatsapp kelas.
TADARUS AL-QURAN - Dilaksanakan pada waktu rehat sepanjang Ramadan.
SEDEKAH RAMADAN - Murid-murid dan guru-guru boleh bersedekah setiap hari Isnin dan Jumaat sepanjang bulan Ramadan.
BICARA RAMADAN - Bicara 5 minit semasa di perhimpunan pagi setiap hari Selasa hingga Khamis.
KUIZ RAMADAN - Kuiz bertemakan pengetahuan asas dan info-info sepanjang bulan Ramadan.
TAZKIRAN MINGGUAN - Disampaikan semasa waktu rehat murid pada setiap hari Jumaat.
IFTAR JAMA'IE - Menghidupkan bulan yang penuh dengan keberkatan di samping mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan guru, AKP dan murid-murid.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN - Memupuk kecintaan kepada Al-Quran dan menghayati keistimewaan serta keberkatan bulan Ramadan.
SUMBANGAN AIDILFITRI - Sasaran penerima adalah anak-anak asnaf dalam kalangan murid-murid SMKSB sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma.
Poster sumbangan Aidilfitri untuk anak-anak asnaf SMKSB
Buku program Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan 1446H
Atur cara majlis
Jawatankuasa induk
Pelancaran Ihya' Ramadan diadakan seusai majlis bacaan yasin dan bacaan tazkirah Hadis 40 Imam Nawawi.
Majlis dijalankan di Dewan Tan Sri Noh Omar kerana keadaan Dataran Semaian SuBur yang masih ditakungi air akibat hujan lebat.
Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dalam atur cara majlis.