Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Mac 2024 [Jumaat]
Masa : 6.30 petang - 10.00 malam
Tempat : Dewan Tan Sri Noh Omar dan Surau Nurul Iman, SMKSB
Penganjur : Unit HEM, Unit Pendidikan Islam dan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
Peserta : Murid-murid tingkatan 5 (yang terlibat), guru dan kakitangan bersama keluarga masing-masing.
Persiapan pagi :
Murid-murid tingkatan 5 yang terlibat mengikuti jamuan ini membuat persiapan tempat di Dewan Tan Sri Noh Omar (TSNO) selepas selesai program bacaan Yasin pada hari pagi Jumaat.
Petang :
Program bermula pada pukul 6.30 petang, peserta mendaftar di perkarangan surau, seterusnya membantu guru-guru membuat persiapan juadah berbuka puasa. Ramai guru dan AKP yang membawa bersama ahli keluarga untuk mengikuti majlis jamuan iftar ini.
Pada jam 7.00 malam, semua peserta berkumpul di surau untuk bacaan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Azrul. Semua peserta berbuka puasa secara ringkas dengan memakan kurma dan sebotol air minuman, seterusnya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Setelah selesai solat maghrib, semua peserta menuju ke Dewan TSNO untuk menikmati juadah yang disediakan sehingga waktu isyak. Solat isyak, tarawih dan witir secara berjemaah di surau selesai sekitar jam 10.00 malam. Semua peralatan dan juadah telah siap dikemas oleh petugas setelah solat berjemaah di surau selesai.
Imam bagi solat maghrib dan isyak : As-Syahid (5B)
Imam bagi solat tarawih dan witir : Dzul Rozain (5D)
Majlis berjalan dengan lancar.
-jika ada-
-jika ada-
-MASUKKAN folder google drive-