VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Logo ini diilhamkan oleh sebuah Syarikat Pecetakan iaitu XZ Print yang membuat khidmat masyarakat dengan merealisasikan idea guru-guru perintis sekolah ini. Syarikat ini beroperasi di alamat Lot 306 G, Kompleks Diamond, Bangi Business Park, Jalan Medan, Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Cik Fauziah bt. Zaini yang berusia 28 tahun merupakan seorang artis grafik yang berkelulusan Sijl Pelajaran Malaysia. Beliau tidak mempunyai sebarang kelulusan formal dalam bidang grafik komputer malahan hanya mula berjinak-jinak dengan bidang ini semasa bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai fotostat. Menurut majikan Cik Fauziah, beliau seorang yang ‘self educated’ kerana beliau mendalami bidang grafik dengan merujuk buku-buku panduan grafik dan mencubanya sendiri. Beliau belajar melalui tugasan yang diberikan oleh majikannya, En. Nazmi bin Mohd Nasir.
MAKNA LENCANA SEKOLAH
Lencana Sekolah mempunyai tiga warna iaitu biru, merah dan kuning.
Setiap warna melambangkan harapan sekolah terhadap pelajar-pelajarnya.
KUNING – Melambangkan warna kesetiaan kepada raja dan negara yang merupakan sendi utama dalam Rukun Negara.
MERAH – Melambangkan semangat juang warga sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
BIRU – Melambangkan keamanan dan ketenteraman. Memastikan persekitaran sekolah yang kondusif untuk mendidik pelajar-pelajar dan mendidik pelajar-pelajar cintakan keamanan.
Simbol 2 bulatan dan nama sekolah terdapat di antara kedua-dua bulatan ini melambangkan proses globalisasi dalam semua bidang yang memerlukan pelajar-pelajar menguasainya.
Simbol dua garisan yang berbentuk tangga dan jambatan merupakan lambang lonjakan berganda atau quantum leap kerana Wawasan 2020 merupakan lonjakan berganda yang ingin dicapai negara terutamanya dalam bidang pendidikan.
Simbol bunga raya melambangkan semangat cintakan negara yang ingin disemai dalam jiwa semua pelajar.
Buku dan Jangka Lukis adalah lambang ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing.
Lambang Perisai Bersayap adalah melambangkan ketahanan yang kukuh yang perlu disemai dalam setiap jiwa warga sekolah untuk menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan ini.