Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 7.40 - 10.30 pagi
Tempat : Dataran Semaian Subur, Persekitaran Sekolah
Penganjur : Unit Sukan dan Kokurikulum, SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar, ibu bapa/penjaga serta guru dan kakitangan SMK Sg Burong
Sambutan Hari Sukan Negara pada 13 Oktober 2023 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita.
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.
Adalah diharap program Hari Sukan Negara ini dapat:
Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.
Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan dalam kalangan warga sekolah dan ibubapa
Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekolah.
-jika ada-
-jika ada-