KBAT MENGGUNAKAN LIRIK LAGU KERANAMU MALAYSIA
TEKNIK INI SESUAI BAGI SOALAN KESAN/KEJAYAAN/MANFAAT/KEBAIKAN
Dasar Ekonomi Baru membawa kesejahteraan kepada rakyat kerana melahirkan ramai anak-anak yang bijak pandai dan terasuh mindanya dinegara kita. contohnya lahir ramai pakar ekonomi dan pakar IT serta mampu mencipta kereta jenama negara seperti Proton dan PERODUA yang menyusur di jalan raya. kesanya gaya hidup kini dah berubah.
PANDAI sesuai digunakan untuk soalan KBAT jenis langkah2/ usaha/ tindakan/ peranan
CONTOH :
PADA PANDANGAN ANDA, APAKAH LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN ANAK MUDA?
JAWAPAN: Pada pandangan saya, langkah-langkah meningkatkan semangat patriotisme di kalangan anak muda ialah pemimpin mengubal dasar kerajaan agar generasi muda dapat diasuh senjak bangku sekolah. Selain itu, agensi kerajaan membuat pemantauan berkala agar segala usaha kerajaan dapat mencapai matlamat. Seterusnya, NGO membantu kerajaan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dengan menyebarkan pengetahuan yang sahih. Disamping itu, media massa menerbitkan rencana bagi menyemai kesedaran dikalangan anak muda. Akhir sekali, rakyat memberi kerjasama agar segala masalah dapat diselesaikan.
KBAT IKHTIBAR
IKHTIBAR sesuai digunakan untuk soalan kbat jenis pengajaran, iktibar, dicontohi.
BERDASARKAN PENGETAHUAN SEJARAH ANDA, APAKAH PENGAJARAN YANG PATUT DICONTOHI DARI PERJUANGAN NASIONALISME NEGARA KITA?
JAWAPAN: Pengajaran yang patut dicontohi dari perjuangan nasionalisme negara kita ialah kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan demi menghadapi cabaran globalisasi. Selain itu, kita haruslah mengutamakan keamanan negara bagi memastikan rakyat dan dunia terpelihara dari ancaman konflik. seterusnya, kita perlulah bertolak ansur antara kaum agar tidak menyinggung perasaan. disamping itu, kita mestilah sentiasa berwarpada dengan ancaman luar supaya negara tidak dijajah semula.
Sesuai digunakan untuk soalan mengenai langkah-langkah/cara/peranan/usaha
APAKAH PERANAN ANDA SEBAGAI SEORANG WARGANEGARA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA?
Peranan saya sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab terhadap negara ialah mempunyai sikap toleransi dan berperikemanusiaan serta perasaan ingin membantu. Selain itu, mengekalkan jati diri dan menghormati keduayaan kaum lain. Seterusnya tidak melanggar undang-undang agar menjamin keharmonian negara. disamping itu, mengamalkann nilai murni dan memastikan kehidupan selari dengan seruan agama. selain itu, menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara agar negara kekal berdaulat.
TEKNIK INI PALING BANYAK DIGUNAKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN KBAT JENIS MANFAAT, KEPENTINGAN DAN KESAN.
DABUS/KABUS SKILL
KABUS : DEMI AGAR BAGI UNTUK SEBAB
DABUS : KERANA AGAR BAGI UNTUK SEBAB
KBAT : USAHA/ LANGKAH/TINDAKAN/ CARA
MENGELAKKAN PERBALAHAN ANTARA KAUM UNTUK MENGEKALKAN KESTABILAN NEGARA.
SENTIASA BERWASPADA AGAR TIDAK TERPEDAYA DENGAN PENGARUH NEGETIF.
SENTIADA BERTOLAK ANSUR ANTARA KAUM UNTUK MEWUJUDKAN MUHIBBAH.
MENGETATKAN UNDANG-UNDANG BAGI MEKAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERDISIPLIN.
SALING HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN BAGI MEWUJUDKAN PERPADUAN.
MENERAPKAN NILAI MURNI BAGI MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL TINGGI.
MENJAGA KEDAULATAN NEGARA AGAR TIDAK DIJAJAH SEMULA.
MELAKSANAKAN KEMPEN KESEDARAN SUPAYA MAKLUMAT YANG SAHIH TERSEBAR.
KBAT : KEPENTINGAN /KEBAIKAN/KESAN/MANFAAT
EKONOMI NEGARA MENIINGKAT DENGAN MENGALAKKAN KEMASUKAN PELABUR LUAR.
MENGUKUHKAN PENDAPATAN NEGARA UNTUK MENJAMIN KEMAKMURAN NEGARA.
MENJAMIN PERPADUAN KAUM DENGAN SALING BEKERJASAMA.
KEDUDUKAN POLITIK STABIL KERANA TIADA PEREBUTAN KUASA.
MELICINKAN PENTADBIRAN NEGARA UNTUK MELANCARKAN KEMAJUAN NEGARA.
MUJUDKAN SUASANA HARMONI DENGAN MENGURANGKAN KETEGANGAN KAUM.
MENINGKATKAN SEKTOR PENDIDIKAN UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BIJAK.
MEMUPUK SIFAT SALING BANTU MEMBANTU UNTUK MEWUJUDKAN KESEJAHTERAAN HIDUP.