Sort merupakan satu tugas (task) yang sering digunakan untuk menyelesaikan masalah sama ada dalam pengaturcaraan atau dalam kehidupan seharian. Sort dalam bidang pengkomputeran merujuk kepada penyusunan data seperti nama, nombor, rekod dan fail dalam tertib tertentu. Data yang telah diisih menjadikan carian lebih cekap, percantuman lebih efisien dan memudahkan pemprosesan data dalam tertib yang dikehendaki. Dalam set data yang besar, adalah lebih efisien untuk menghapuskan atau mencantumkan data duplikasi. Apabila data telah diisih, pengesanan data yang berulang lebih mudah untuk dihapuskan atau dicantumkan.
Bubble sort boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis situasi seperti menyenaraikan markah-markah yang diperoleh murid mengikut urutan menaik atau menurun. Sebagai contoh, markah murid yang paling tinggi akan sentiasa bergerak menuju ke permulaan senarai diikuti dengan markah kedua tertinggi dan seterusnya. Selain itu, bubble sort juga boleh digunakan untuk mengisih umur peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian amal supaya peserta-peserta boleh dikategorikan mengikut peringkat seperti peringkat remaja, belia dan warga emas.
Dalam bentuk bubble sort
Bagi bubble sort