"WE SERVE"
PERKHIDMATAN PELAJAR
PERKHIDMATAN PELAJAR
Tatacara Pengisian borang Perakuan Pelajar
Isi borang Perakuan Pelajar secara online dan klik di sini.
Pastikan lengkap beserta salinan dokumen dalam bentuk format pdf.
Tatacara Permohonan berhenti Program Matrikulasi
Isi borang permohonan berhenti pengajian di kaunter Unit HEP.
Pelajar perlu sertakan bersama surat permohonan dari ibu, bapa atau penjaga, salinan tawaran pengajian tempat baharu atau surat akuan pegawai perubatan.
Tatacara Permohonan tangguh pengajian
Isi borang permohonan tangguh pengajian di kaunter Unit HEP.
Pelajar perlu sertakan bersama surat permohonan dari ibu, bapa atau penjaga dan surat akuan pegawai perubatan.
Pelajar (pesakit luar), wajib mengisi borang selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh ketidakhadiran ke kelas.
Pelajar (dimasukkan ke wad), wajib mengisi borang selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh keluar dari wad.
Pelajar mengambil Borang Pengecualian Kuliah/Tutoran di kaunter Unit HEP.
Pelajar perlu sertakan bersama Sijil Cuti Sakit (kerajaan atau swasta) atau bukti lain seperti makluman yang mengesahkan ketidakhadiran pada waktu tersebut (screenshot Whatsapp /kertas kerja program /Borang Aktiviti Dalaman).
Tatacara Permohonan rawatan atau pengesahan pelajar
Pelajar mendaftar di Pejabat Penyelia Kolej Kediaman (Dalam Waktu Pejabat) atau maklumkan kepada Felo Bertugas (Luar Waktu Pejabat).
Perkhidmatan Pengangkutan ke Klinik Kesihatan
Waktu Pejabat
Trip pertama : 9.15 pagi (Isnin hingga Jumaat)
Trip kedua : 2.15 petang (Isnin hingga Khamis)
: 2.30 petang (Jumaat sahaja)
Luar Waktu Pejabat : Selepas jam 5 petang hingga 8 pagi hari berikutnya, hujung minggu dan hari-hari kelepasan am, sila berhubung dengan FELO bertugas.
PERKHIDMATAN RAWATAN PELAJAR KE KLINIK DAN HOSPTAL KERAJAAN
HARI :
ISNIN HINGGA JUMAAT
MASA:
SESI 1 : 8.30 PAGI (Isnin Hingga Khamis)
SESI 2 : 2.00 PETANG (Isnin Hingga Khamis)
SESI 2 : 2.45 PETANG (Jumaat)
SELEPAS JAM 5.00 PETANG - Hubungi felo bertugas (Rujuk Jadual Felo Bertugas)
TEMPAT DAFTAR :
BLOK SERI ISKANDAR
DAN
BLOK SERI IPOH
( LELAKI)
BLOK SERI INTAN
(PEREMPUAN)
Nota:
*Untuk Sabtu/Ahad dan Cuti Umum (Hubungi felo bertugas)
* Pelajar di minta mematuhi masa yang ditetapkan
Isi borang permohonan pertukaran di kaunter Unit HEP.
Pelajar perlu sertakan bersama surat permohonan dari ibu, bapa atau penjaga, dokumen iringan atau surat akuan pegawai perubatan (jika perlu).
Isi borang permohonan khas di kaunter Unit HEP.