Sejajar dengan penemuan-penemuan dan perubahan yang drastik dalam bidang Sains dan Teknologi, sering timbul pandangan bahawa majoriti pentadbir sekolah tergolong dalam generasi X, guru dalam generasi Y, dan murid-murid dala generasi Z. Generasi X ialah mereka yang dilahirkan dalam zaman penggunaan dan pengamalan teknologi yang minimum, dan generasi Y ialah mereka yang dibesarkan dalam era perkembangan pesat teknologi. Manakala Generasi Z pula ialah mereka dilahirkan dalam abad ke-21 dan diselubungi dengan penggunaan teknologi dalam setiap ruang lingkup kehidupan.
Abad ke-21 menuntut sistem pendidikan yang berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi, kolaborasi, komunikasi, kreativiti dan nilai murni. Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif, fleksibel dan menarik bagi merangsang minat murid. Namun, cabaran besar yang dihadapi guru adalah mengurus tingkah laku murid dan mengoptimumkan ruang bilik darjah agar selari dengan pelaksanaan PdPc yang aktif.
Bagi mengatasi isu ini, sekolah mencadangkan pelaksanaan projek “Ruang Pembelajaran Dinamik PAK21” yang memfokuskan penataan semula bilik darjah, pengurusan tingkah laku murid dan pengaplikasian strategi PdPc yang efektif.
PERANCANGAN PROJEK (PLAN)
Guru menghadapi kesukaran menguruskan bilik darjah secara efektif kerana kekangan susun atur ruang dan tingkah laku murid yang mengganggu kelancaran PdPc.
Susun atur bilik darjah statik (meja dan kerusi berbaris tradisional).
Kurangnya ruang untuk aktiviti kolaboratif kumpulan kecil.
Tingkah laku murid yang kurang terkawal apabila aktiviti dijalankan.
Tiada zon pembelajaran khusus (contoh: sudut bacaan, sudut teknologi).
Projek: Ruang Pembelajaran Dinamik PAK21 – Penstrukturan semula ruang bilik darjah menjadi zon interaktif, fleksibel, dan kondusif bagi PdPc berpusatkan murid.
Mewujudkan suasana bilik darjah PAK21 yang menarik, fleksibel dan mampu meningkatkan keberkesanan PdPc.
Menyediakan susun atur bilik darjah yang mesra aktiviti kolaboratif.
Mengurangkan gangguan tingkah laku murid melalui persekitaran pembelajaran yang teratur.
Meningkatkan motivasi dan penglibatan murid dalam aktiviti PdPc.
Memudahkan guru melaksanakan strategi PdPc yang berpusatkan murid.
Menggunakan konsep learning zones (Zon Bacaan, Zon Digital, Zon Kolaborasi, Zon Refleksi).
Perabot mudah alih dan fleksibel.
Paparan hasil kerja murid sebagai elemen motivasi.
Sistem peraturan bilik darjah berbentuk visual dan interaktif.
Guru: Semua guru kelas dan mata pelajaran.
Murid: Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Menggunakan model PDCA (Plan-Do-Check-Act) bagi memastikan kitaran penambahbaikan berterusan.
A. Mula (Icebreaker / Set Induksi)
“Think-Pair-Share Cepat”
Guru beri soalan mudah → murid fikir 30 saat → bincang berpasangan → kongsi jawapan.
Sesuai untuk mengaktifkan minda sebelum topik bermula.
“Emoji Response”
Murid respon soalan guru dengan kad emoji (👍, 🤔, 👎) untuk tunjuk tahap kefahaman atau pandangan.
B. Pengukuhan (Semasa PdPc)
“Gallery Walk Mini”
Murid bergerak mengelilingi kelas melihat hasil kerja rakan (dalam bentuk poster atau nota ringkas) dan meninggalkan komen ringkas (sticky notes).
“1 Minit Fakta”
Murid diberi 60 saat untuk menyampaikan satu fakta, idea atau rumusan topik menggunakan papan putih mini atau kad manila.
“Traffic Light Check”
Murid angkat kad hijau (faham), kuning (perlu ulang sikit), merah (tidak faham) untuk guru pantau tahap penguasaan segera.
C. Penutup / Refleksi
“Exit Ticket”
Sebelum keluar kelas, murid tulis satu perkara yang mereka faham & satu perkara yang mereka ingin tahu lagi.
“3-2-1 Ringkas”
3 perkara yang dipelajari, 2 perkara menarik, 1 soalan yang masih ingin ditanya.
D. Aktiviti PAK21 Berfokus Kolaborasi
“Speed Sharing”
Murid dalam kumpulan kecil, setiap orang ada masa 30 saat untuk berkongsi jawapan sebelum giliran seterusnya.
“Quick Jigsaw”
Setiap kumpulan kaji satu bahagian topik selama 5 minit → bentang secara ringkas kepada kumpulan lain.
PELAKSANAAN PROJEK (DO)
Pengerusi: Guru Besar
Naib Pengerusi: Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelaras Projek: Guru PAK21
AJK: Guru Bilik Khas, Guru Kelas, Guru Media, Guru Disiplin
Setiausaha: Penyelaras Kelas
Bendahari: PT Kewangan
Penyelaras Projek: Menyediakan jadual & dokumentasi.
Guru Kelas: Memastikan zon berfungsi dan dikemas kini.
Guru Disiplin: Melaksanakan modul kawalan tingkah laku.
PENGAWALAN PROJEK (CHECK)
Pemerhatian bilik darjah secara berkala.
Borang penilaian guru dan murid.
Perbandingan rekod disiplin sebelum & selepas projek.
Bulanan: Semakan susun atur & penggunaan ruang..
Suku Tahun: Analisis data penglibatan murid.
Borang pemerhatian guru.
Soal selidik kepuasan murid.
Rekod disiplin sekolah.
Disediakan setiap 6 bulan untuk pembentangan dalam mesyuarat sekolah.
PENILAIAN DAN REFLEKSI
Peningkatan skor penglibatan murid dalam PdPc sebanyak 35%.
Penurunan kes gangguan tingkah laku sebanyak 40%.
Persekitaran pembelajaran lebih kondusif.
Guru lebih mudah melaksanakan aktiviti kolaboratif.
Murid lebih bermotivasi untuk belajar.
Menambah peralatan teknologi seperti interactive smartboard.
Mengadakan sudut projek murid (student project corner).
Menambah sesi bimbingan PAK21 untuk guru baharu.
PENUTUP
Projek ini diharapkan dapat menjadi model Amalan Terbaik Sekolah dalam pengurusan PAK21 yang boleh dicontohi oleh sekolah lain.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik mampu mengubah suasana pembelajaran menjadi lebih efektif dan menyeronokkan.
Classroom Makeover Challenge setiap tahun.
Minggu PAK21 dengan pameran hasil kerja murid.
Program Peer Coaching antara guru.
SENARAI RUJUKAN
LAMAN WEB PAK21