Kokurikulum merupakan elemen penting dalam membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Ragbi sebagai salah satu sukan berpasukan memberi peluang kepada murid untuk membina daya ketahanan fizikal, mengukuhkan kerjasama berpasukan, serta memupuk disiplin dan semangat juang yang tinggi.
Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) melihat potensi ragbi sebagai platform pembangunan sahsiah murid, terutamanya dalam membentuk kepimpinan, daya tahan mental dan kemahiran komunikasi. Dengan itu, projek pembangunan ragbi dirancang sebagai amalan terbaik sekolah dalam bidang kokurikulum.
PERANCANGAN PROJEK (PLAN)
Kekurangan pendedahan murid kepada sukan ragbi di peringkat sekolah rendah.
Tahap kecergasan fizikal murid yang sederhana.
Kurangnya kemahiran asas ragbi dalam kalangan murid.
Tiada program latihan ragbi yang tersusun.
Kekangan peralatan dan kemudahan.
Menubuhkan pasukan ragbi sekolah dengan modul latihan khusus.
Menyediakan kemudahan, peralatan, dan latihan secara berjadual.
Melibatkan jurulatih berkelayakan dan guru penasihat.
Membangunkan pasukan ragbi sekolah yang kompetitif dan berdaya saing di peringkat daerah serta membentuk murid yang cergas, berdisiplin dan berdaya juang.
Memberi pendedahan kemahiran asas ragbi kepada murid.
Meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid melalui latihan berkala.
Menggalakkan penglibatan murid dalam pertandingan ragbi peringkat sekolah, daerah dan negeri.
Memupuk nilai murni seperti kerjasama berpasukan, disiplin dan hormat-menghormati.
Modul latihan asas dan lanjutan ragbi untuk murid Tahun 4-6.
Sesi latihan 2 kali seminggu.
Peralatan ragbi mencukupi untuk latihan dan perlawanan.
Penglibatan guru sebagai jurulatih bertauliah.
Murid: 40 orang (Tahun 4-6).
Guru: 3 guru penasihat.
Tempoh: Januari – November 2025.
Perancangan → Pelaksanaan → Pemantauan → Penilaian → Penambahbaikan
Jadual Latihan Pasukan Ragbi SK Bandar Utama Damansara (4)
Tempoh: Januari – Julai 2025
Hari: Selasa & Khamis
Masa: 4.00 – 5.00 petang
Tempat: Padang SK BUD(4)
PELAKSANAAN PROJEK (DO)
Pengerusi: Guru Besar
Naib Pengerusi: PK Kokurikulum
Setiausaha: Guru penasihat ragbi
Bendahari: Guru penasihat
Jurulatih: Jurulatih & guru penasihat
Ahli: Murid pasukan ragbi
Penyelaras Projek
Jurulatih: Latihan teknik, strategi, pengurusan perlawanan.
Guru penasihat: Dokumentasi, rekod kehadiran, penyelarasan.
Murid: Disiplin, latihan, menjaga peralatan.
PENGAWALAN PROJEK (CHECK)
Rekod kehadiran latihan.
Pemantauan kemajuan kemahiran.
Penilaian fizikal berkala.
Penilaian bulanan oleh jurulatih & guru penasihat
Borang penilaian kemahiran.
Ujian kecergasan.
Laporan perlawanan.
Sebarang penyesuaian jadual atau modul direkodkan dan dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa.
PENILAIAN DAN REFLEKSI
Peningkatan bilangan murid yang menguasai kemahiran asas ragbi.
Keputusan pertandingan yang disertai.
Murid lebih aktif, cergas dan berdisiplin.
Sekolah dikenali sebagai pusat pembangunan ragbi peringkat sekolah rendah.
Memperluas penyertaan kepada murid Tahun 3.
Menambah sesi latihan intensif menjelang kejohanan.
Mengadakan klinik ragbi bersama sekolah lain.
PENUTUP
Projek ini diharap dapat menjadi amalan terbaik sekolah dan model kepada sekolah lain dalam memajukan sukan ragbi peringkat rendah.
Pembangunan sukan ragbi di SK Bandar Utama Damansara (4) bukan sahaja menyumbang kepada pencapaian kokurikulum, malah membentuk murid yang seimbang dari semua aspek.
Kejohanan Ragbi Mini peringkat sekolah.
Klinik Ragbi bersama pemain kebangsaan.
Pertandingan kemahiran asas ragbi.
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN
Pencapaian
Johan Plate MSSS
1. Adam Ammar
2. Tariq Ziyad (Ketua Pasukan)
3. Izz Haiqal
Wakili Pasukan Ragbi Selangor U12
Tariq Ziyad berjaya terpilih mewakili Selangor U12 2025 untuk sukan ragbi.
Tahniah Ziyad 👍🏼👍🏼