PENGURUSAN KESELAMATAN
PENGURUSAN KESELAMATAN
Program keselamatan yang dilancarkan di peringkat sekolah merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan. Program ini telah berjaya memberikan impak yang positif terhadap sahsiah, persekitaran sekolah, prestasi akademik dan kehadiran murid ke sekolah. Bagi mencapai matlamat murid yang berketerampilan unggul, Kementerian Pelajaran Malaysia menubuhkan jawatankuasa keselamatan di setiap peringkat sekolah di Malaysia.
OBJEKTIF:
1. Membina kesedaran diri dan persekitaran sekolah yang selamat.
2. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul dan berkekalan dengan aspek keselamatan.
3. Menjalani gaya hidup yang sihat sebagai budaya yang berterusan.
SASARAN:
Semua warga sekolah.
JANGKA MASA:
Sepanjang tahun.
STRATEGI:
Program Keselamatan memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan di samping
mewujudkan budaya hidup yang lebih selamat dan selesa.
KETETAPAN PEKELILING DASAR KESELAMATAN MURID
SPI 5/2016 : Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Luar Kawasan Sekolah
SPI 8/2011 : Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah
SPI 8/2009 : Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Lawatan Di Luar Waktu Persekolahan
SPI 5/2007 : Garis Panduan Lawatan Murid
SPI 6/2006 : Pemantapan Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Bagi Semua Murid PraSekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Di Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
SPI 3/2004 : Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah
SPI 4/2002 : Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
SPI 12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan
SPI 7/2000 : Mencegah Kebakaran Di Sekolah
SPI 8/1999 : Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan BalikSekolah
SPI 21/1998 : Persediaan Menghadapi Bencana Alam
SPI 3/2019 : Pengguanan kenderaan sendiri oleh guru untuk membawa murid bagi urusan rasmi
BIDANG TUGAS
Menyebarluas peraturan dan prosedur dan operasi standard keselamatan
Menguatkuasakan peraturan serta prosedur dan operasi standard keselamatan
Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti; lalulintas, bangunan dan perabot, makmal, bengkel, bilik ERT dan lain-lain
Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis / bomba / JKR
Menggalakkan skim perlindungan diri kepada murid
Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi
Mengadakan latihan kawad kebakaran sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun
Memastikan sistem lalulintas dan kawasan yang berhampiran selamat
Menetapkanpergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah
Melaksanakan program pencegahan dan kesedaran keselamatan
Mengisi data penarafan keselamatan sekolah (SPKS)
AKTIVITI PENGURUSAN KESELAMATAN